KUALA TERENGGANU: Cubaan dua lelaki membawa dadah yang disorok dalam kenderaan mereka untuk melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR) gagal selepas mereka diberkas pihak polis awal pagi tadi.
Kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 31 tahun ltu ditahan dalam sekatan jalan raya Op Samseng Jalanan di susur masuk Tol Kuala Terengganu kira-kira jam 3 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu (JSPT), Superintendan Ismail Man berkata kedua-dua suspek yang menetap di Kuantan, Pahang itu ditahan ketika menaiki kereta jenis Proton Satria.
Katanya hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek pihaknya telah menemui pil berwarna merah disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat kasar 408.26 gram.
"Hasil saringan air kencing ke atas suspek juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ismail berkata kedua-dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.
Sementara itu, dalam operasi yang sama juga pihaknya turut menahan seorang lelaki yang berusia 34 tahun yang positif dadah jenis methamphetamine.
"Setelah ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atasnya didapati positif dadah jenis methamphetamine dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952," katanya lagi.
Beliau berkata menerusi operasi itu sebanyak 150 keping saman dikeluarkan ke atas pesalah trafik di atas pelbagai kesalahan.
Katanya dua motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 di atas kesalahan pengubahsuaian motosikal serta tidak mempunyai lesen memandu.
Astro Awani
Fri May 06 2022

Kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 31 tahun ltu ditahan dalam sekatan jalan raya Op Samseng Jalanan di susur masuk Tol Kuala Terengganu. - Foto PDRM

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

PRN Melaka: Polis buka 17 SJR bermula esok
PDRM akan melaksana Sekatan Jalan Raya (SJR) di 17 lokasi seluruh Melaka sepanjang tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November ini.

PKP: Sabah pertimbang cadangan pergerakan lebih 10km
Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan negeri juga sedang mengkaji keperluan untuk melaksanakannya seperti yang disarankan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.

PKP: Kompaun, patah balik jika tiada surat kebenaran - Polis Kota Setar
Pihaknya telah mengaktifkan tiga SJR di laluan Plaza Tol Alor Setar Selatan, Plaza Tol Alor Setar Utara dan di laluan masuk melalui Kepala Batas sepanjang PKPB.

PKPB: Pematuhan SOP SJR di Sentul capai 95 peratus - Polis
Pihak yang didapati tidak patuh SOP membabitkan kenderaan syarikat seperti van dan lori.

78 individu ditahan langgar PKP, ini 5 fokus kenyataan Ismail Sabri
Seramai 78 individu telah ditahan pada Khamis atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pasukan pematuhan SOP ditubuhkan, fokus cegah jenayah sepanjang PKPP - Polis
PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan pasukan jawatankuasa pematuhan dalam menjalankan pemeriksaan SOP bermula hari ini hingga 31 Ogos.

Polis Bintulu ambil langkah ubah lokasi sekatan di laluan tikus
Tidak ada yang dapat lolos meskipun melalui jalan 'tikus' menuju ke bandar Bintulu.

Tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar - Panglima Angkatan Tentera
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, angka itu merupakan jumlah yang besar dan perlu ditangani segera.