IPOH: Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersiri di sekitar bandar raya ini di Jalan Kuala Kangsar, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kes samun daripada seorang mangsa wanita berusia 33 tahun semalam, di kawasan perindustrian Silibin.
Katanya, mangsa mengalami kerugian harta benda antaranya beg tangan, telefon bimbit, kad ATM, wang tunai dan dokumen peribadi dengan anggaran sebanyak RM650.
"Hasil daripada tindakan pantas dan kepekaan anggota polis di lapangan, pihak polis telah berjaya menangkap dua lelaki tempatan.
"Masing-masing berusia 28 dan 32 tahun yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kes tersebut pada 20 Jun, sekitar jam 9 pagi di Jalan Kuala Kangsar, di sini yang mana jarak lebih kurang 10 kilometer dari tempat kejadian.
"Kes disiasat di bawah seksyen 395 kanun keseksaan (samun berkawan)," katanya kepada pemberita malam tadi.
Jelasnya lagi, polis turut berjaya merampas beberapa barang kes, termasuk kenderaan yang digunakan suspek dan barangan milik mangsa semasa tangkapan dibuat.
Katanya lagi, ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.
"Selain itu, semakan rekod mendapati kedua-dua suspek ini masing-masing mempunyai 17 dan 11 rekod bersangkut kes-kes jenayah pelbagai kesalahan.
"Dengan tertangkapnya suspek-suspek tersebut, maka kes ini telah berjaya diselesaikan.
"Kini, pihak siasatan sedang mengenal pasti berapa jumlah kes samun yang dilakukan oleh kumpulan penjenayah ini di sekitar Ipoh dan kedua-dua suspek ini akan direman pada Rabu (hari ini) bagi siasatan lanjut," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal pihak polis mendapati dua suspek ini bertanggungjawab terhadap sekurang-kurangnya tujuh kes samun yang dilaporkan di sekitar Ipoh, termasuk satu kes samun mendatangkan kecederaan melibatkan mangsa seorang warga Kanada berusia 73 tahun di Taman Ipoh pada 15 Jun lalu.
Masyarakat boleh mendapatkan bantuan khidmat polis dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh yang beroperasi 24 jam di talian 05-254 2222.
Aida Aziz
Wed Jun 21 2023

Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersiri di sekitar bandar raya Ipoh.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dua lelaki ditahan empat jam selepas samun kedai peralatan memancing
Dua lelaki termasuk seorang penjawat awam berjaya ditahan dalam tempoh empat jam selepas menyamun sebuah kedai menjual peralatan memancing.

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai hampir RM11 juta
Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah disyaki syabu bernilai hampir RM11 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Bukit Puchong.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya
Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan.

Polis tahan dua lelaki simpan, edar syabu bernilai RM4 juta
Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat aktiviti mengedar dadah, dan merampas syabu bernilai RM4 juta dalam serbuan di Desa Petaling.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.

Dua lelaki ditahan pukul warga emas disyaki sebabkan kemalangan
Polis menahan dua lelaki kerana disyaki memukul seorang warga emas yang dipercayai menyebabkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kajang.

Polis tahan dua lelaki, patahkan sindiket godam kad bank
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket menggodam kad bank individu di negara Timur Tengah dengan penahanan dua lelaki di Kuantan.

Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes ugut PM Anwar, Timbalan KPN di media sosial
PDRM menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.