BATU KAWAN: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) memaklumkan bahawa dua lorong manual Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) telah dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) untuk kemudahan pengguna.
JKSB yang merupakan pemegang konsesi JSAHMS dalam kenyataan memaklumkan dua lorong terlibat ialah Lorong K23, Plaza Tol B dari arah Lebuh Raya Utara-Selatan ke Bandar Cassia dan Lorong M4 (Plaza Tol C) dari Bandar Cassia menuju ke Lebuh Raya Utara-Selatan.
"Kedua-dua lorong manual RFID itu boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat iaitu di sebelah pagi bermula 6.30 pagi hingga 9.30 pagi, manakala pada sebelah petang pula antara 4.30 petang hingga 7 malam.
"Pembukaan lorong manual berkenaan adalah bertujuan bagi mengurangkan kesesakan trafik pada waktu puncak," menurut JKSB.
Menurut kenyataan itu petugas tol akan dilengkapi dengan peranti mudah alih di lorong manual berkenaan untuk mengimbas tag atau pelekat RFID bagi membantu mempercepatkan transaksi pengguna.
Sehubungan itu, JKSB menasihatkan orang ramai agar dapat memastikan baki kad atau e-dompet mereka mencukupi bagi perjalanan yang lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
![Dua lorong manual RFID dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia Dua lorong manual RFID dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701414978_TBDISKAUNTOL.jpg)
Pembukaan lorong manual berkenaan adalah bertujuan bagi mengurangkan kesesakan trafik pada waktu puncak. - Gambar/ JKSB
![Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740014244_tbberpisahwargaas.jpg)
Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.
![ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740013283_tbJDTJordiAmatLi.jpg)
ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'
![Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729390471_tbSriGanes.jpg)
Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.
![Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740011702_TBMuhammadSufi.jpg)
Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740012887_tbAnwarIbrahim.jpg)
Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
![Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738629024_TBParlimen.jpg)
Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran
![Dua lorong manual RFID dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia Dua lorong manual RFID dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701414978_TBDISKAUNTOL.jpg)
Dua lorong manual RFID dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia
Dua lorong manual Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) telah dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) untuk kemudahan pengguna.