Dua lelaki maut selepas kereta Proton Satria Neo yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah, di sini, awal hari ini.
Mangsa, Mohd Irfan Rosli dan Mohd Aswat Mokhtar, kedua-duanya berusia 23 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon memaklumkan, bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.44 pagi.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra tiba di lokasi pada jam 2.51 pagi.
Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan kereta yang dinaiki mangsa yang terbabas dan melanggar pokok.
Kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing dan anggota BBP Jitra terpaksa mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas 'Resque Tools'.
Sayani berkata, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Adnan Ahmad bersama lapan anggota dan dua jentera termasuk Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).
Kedua-dua mayat di hantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.
Kes kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Oct 30 2019
Kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing dan anggota BBP Jitra terpaksa mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas 'Resque Tools'. - Astro AWANI
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua maut kereta langgar pokok
Mangsa, Mohd Irfan Rosli dan Mohd Aswat Mokhtar, kedua-duanya berusia 23 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.
NUTP minta KPM lihat semula cara isi dokumentasi pelajar
Buat masa ini, para guru terpaksa mengisi dokumentasi maklumat pelajar dalam tiga peringkat antaranya mencatat buku kedatangan dan mengisi secara dalam talian untuk KPM.