KULIM: Dua remaja maut sementara seorang lagi rakan mereka parah apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Pondok Labu-Taman Selasih, dekat sini awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Mohd Redzuan Salleh, berkata dalam kejadian jam 3.51 pagi itu ketiga-tiga mangsa menaiki kereta jenis Perodua Viva datang dari arah pekan Kulim ke Taman Selasih.
“Sebaik tiba di satu selekoh, pemandu kenderaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di bahu kanan jalan.
“Pemandu dan penumpang hadapan berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang di bahagian belakang mengalami kecederaan parah di muka dan kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat kedua-dua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat sementara mangsa yang cedera dirujuk ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Mohd Redzuan berkata, polis masih menyiasat dan mengenal pasti identiti ketiga-tiga mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Sep 09 2022
Keadaan kereta yang terbabas ke dalam longkang di Jalan Pondok Labu-Taman Selasih. - Foto PDRM
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Helikopter bertembung: Empat terbunuh, tiga lagi cedera parah di Gold Coast
Kedua-dua helikopter berkenaan bertembung sesama sendiri, sebelum terhempas di beting pasir tidak jauh dari pantai Sea World Resort.
Pesawat terhempas ketika cuba mendarat, empat anak kapal terbunuh
Sekurang-kurangnya empat anak kapal dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat Agensi Keselamatan Kazakhstan terhempas di Almaty.
Ini apa anda perlu tahu tentang nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan dan difahamkan beberapa serpihan pesawat malang itu telah ditemukan.
Allahyarham Mohd Irfan rancang untuk buat filem penerbangan - Esma Daniel
Pelakon Esma Daniel turut terkesan dengan berita nahas helikopter yang berlaku di Taman Melawati, Ampang pukul 12 tengah hari Ahad.
Boeing, FAA bertanggungjawab atas nahas Lion Air, Ethiopian Airlines - Laporan siasatan
Pengeluar pesawat, Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, FAA disifatkan bertanggungjawab ke atas dua nahas melibatkan pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 penumpang dan anak kapal.
Pemandu maut, lima lagi cedera dalam nahas tiga kenderaan di Kuala Terengganu
Nahas berlaku di kilometer 35, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu kira-kira jam 4.30 petang Rabu.
Nahas Ethiopian Airlines: Juruterbang tidak jalani latihan simulasi Boeing 737 MAX 8
Sumber memberitahu Reuters kapten pesawat nahas Ethiopian Airlines tidak menjalani latihan mesin simulator untuk Boeing 737 MAX 8.
Pesawat Lion Air terbang 'di luar kebiasaan' sehari sebelum terhempas
Pesawat malang Lion Air Boeing 737 yang terhempas pada pagi Isnin bersama 189 penumpang dan anak kapal dikatakan terbang dengan cara 'luar biasa' sehari sebelum terhempas di Laut Jawa.
Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat
Jenazah dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang maut dalam nahas pesawat di Chukai,dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
113 penumpang pesawat Hercules dipercayai terkorban dalam tragedi di Medan
Pesawat yang sepatutnya menuju ke Pangkalan Udara Tanjung Pinang, Kepulauan Riau itu terhempas di atas rumah awam dan kedai termasuk sebuah pusat spa yang terkenal di kawasan itu.