Dua lelaki berusia 27 dan 50 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik di Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dekat Kuala Krai, kira-kira 6 petang Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan (DSP) Wan Fauzi Wan Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.15 petang semalam.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat dan sudah dituntut oleh keluarga masing-masing.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang penduduk Nordin Zahari, 53, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas mendengar penduduk kampung yang berada di kedai makan riuh bercakap mengenai dua individu yang maut terkena renjatan elektrik.
"Sejurus selepas itu, saya bergegas ke Kompleks Perkayuan Kelantan yang berada tidak jauh dari tempat saya makan untuk mengesahkan apa yang berlaku.
"Sebaik sahaja sampai di pondok pengawal KPK, pengawal keselamatan memberitahu saya, anak dan isteri kepada salah seorang daripada mangsa yang meninggal dunia berada di lokasi kejadian," katanya.
Katanya, bimbang dengan keadaan itu, dia segera ke lokasi mayat kedua-dua mangsa itu ditemui kerana bimbang ada individu berdekatan cuba menyentuh tubuh badan si mati yang terkena renjatan elektrik.
"Kemudian saya menghubungi polis dan Klinik Kesihatan Dabong untuk memaklumkan kejadian yang berlaku," katanya.
Vivi Sumanti
Sun Sep 15 2019

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat. - Foto ihsan polis
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kanak-kanak tertelan dadah sudah dipindahkan, namun masih lemah
Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, anaknya sudah mulai senyum dan menyapa apabila dipanggil namanya.

Lelaki nyaris maut diterkam harimau belang
Kejadian jam 2 petang itu berlaku ketika mangsa, Adin Andok, 43 dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mencuci kawasan kebun ubi kayu miliknya.

Dua maut terkena renjatan elektrik
Dua lelaki berusia 27 dan 50 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik di Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dekat Kuala Krai, kira-kira 6 petang Sabtu.

Siasat segera punca pencemaran air Kampung Kuala Koh - ADUN Paloh
Pihak terbabit digesa menyiasat segera air sungai dan tadahan bukit yang menjadi sumber keperluan Orang Asli di Kampung Kuala Koh.

Dua anak Adidas Om alami sesak nafas sejak empat hari lalu
Seorang bapa tunggal Orang Asli Kampung Kuala Koh Gua Musang menceritakan bagaimana dua anak perempuannya yang dijangkiti penyakit misteri.

Pengantin datang naik ambulans
Siren ambulans dibunyikan ketika pengantin lelaki hampir tiba, menyebabkan tetamu jemputan tertanya-tanya.

Kanak-kanak enam tahun hancur kaki digilis 'forklift'
Mangsa dikatakan sedang bermain di sebuah kilang papan sebelum kakinya digilis jentera yang sedang melakukan kerja.

Mayat kanak-kanak terjatuh jambatan ditemui
Kanak-kanak berusia enam tahun terjatuh ke dalam sungai di jambatan Kampung Peria di sini ditemui pagi tadi.

Tahfiz Al-Hashimi: Mangsa maut bakal tamat pengajian 30 juzuk al-Quran
Maklumat tersebut dimaklumkan ibu mangsa semasa menunggu proses pengurusan jenazah di Hospital Kuala Krai.

Hospital Kuala Krai bergelap
Hospital itu beroperasi dengan menggunakan generator selepas bekalan elektrik terputus kira-kira 5 petang semalam, akibat peras air meningkat dengan cepat.