TOKYO: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berjaya membawa pulang RM6.6 bilion potensi Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan RM700 juta potensi eksport melalui Misi Perdagangan dan Pelaburannya ke Jepun baru-baru ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata dengan pelaburan berpotensi RM23 bilion dan potensi eksport RM2.1 bilion yang sebelum ini diperoleh daripada misi pertama pada Jun, kedua-dua misi ke negara matahari terbit itu telah memperoleh potensi pelaburan berjumlah RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun ini.
“Pengumuman baru-baru ini sebanyak RM29.6 bilion dalam potensi pelaburan dan RM2.8 bilion potensi eksport dari Jepun mencerminkan hubungan kukuh, berpanjangan, dan hubungan yang saling menguntungkan antara Malaysia dan Jepun dalam perdagangan dan pelaburan.
“Apa yang penting ialah kebanyakan pelaburan baharu ini adalah daripada sektor yang disasarkan, termasuk tenaga boleh diperbaharui, elektrik dan elektronik, kimia dan ekonomi digital, selaras dengan misi Pelan Induk Perindustrian Baharu kami (NIMP2030),” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi, dalam usaha untuk menarik pelaburan untuk menyokong misi ke arah teknologi dan pendigital untuk memacu inovasi, meningkatkan produktiviti dan mencipta peluang baharu untuk pertumbuhan ekonomi serta menyahkarbonkan sektor pembuatan, MITI juga bertekad untuk memastikan pelaburan tersebut direalisasikan dengan segera.
Ini, jelasnya, untuk menghasilkan lebih banyak peluang bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pekerjaan bergaji lebih baik buat rakyat Malaysia.
“Untuk itu, pelbagai pelaburan yang di peringkat persekutuan dan negeri telah dipercepatkan melalui Jawatankuasa Penyelarasan Tindakan Pelaburan dan Perdagangan (ITACC), dan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaburan (ICCM),” kata Tengku Zafrul.
Difasilitasi oleh agensi MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), misi ini diadakan serentak dengan Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MITI dan agensinya juga mengatur Mesyuarat Meja Bulat antara Perdana Menteri dan 25 kapten industri Jepun, serta pertemuan bersemuka ROHM Wako, NEC Corporation, dan Mitsui & Co Ltd.
Turut diadakan pertemuan dengan Miyoshi Oil and Fat Co Ltd, Marubeni Corporation, Nichicon Corporation, dan Itochu Corporation.
Fauzi Zin
Tue Dec 19 2023

Tengku Zafrul (tengah) kedua-dua misi ke negara matahari terbit itu telah memperoleh potensi pelaburan berjumlah RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun ini. -Astro AWANI
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.

MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian
Rang Undang-undang Pembangunan Perindustrian 2025 yang dicadangkan itu adalah bertujuan untuk memudahkan proses perniagaan bagi pengilang dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.

Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini
Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.