KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan kini dalam proses perolehan dua pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) dari Itali yang mempunyai keupayaan untuk mengesan keberadaan kapal selam dalam kawasan Laut China Selatan khususnya di Wilayah Sabah.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia berikutan radar jarak jauh (LRR) oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Udara Tentera Laut Labuan tidak dapat mengesan kapal selam dan hanya untuk meninjau ruang udara yang kini lebih menghala perairan Laut China Selatan yang menjadi 'sibuk' sejak kebelakangan ini.
"Kita juga dalam proses perolehan dan telah diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memperoleh satu lagi LRR yang kita akan letakkan di kawasan Pulau Layang-layang kerana di kawasan Labuan, ia tidak boleh nampak jauh.
"Jadi, kita perlukan satu lagi radar untuk diletakkan di Pulau Layang-layang untuk kita melihat lebih jauh lagi supaya ia dapat menjangkau di luar kawasan EEZ (Zon Ekonomi Eksklusif) kita," katanya pada sesi Pertanyaan Jawab Lisan pada persidangan Dewan Rakyat, di sini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang ingin tahu mengenai keupayaan LRR di Pangkalan Udara Tentera Laut Labuan.
Sementara itu, Mohamad memaklumkan Radar Coastal Surveillance System (CSS) telah diletakkan di 13 lokasi penempatan yang meliputi persisiran Kudat sehingga ke Tawau bagi mengawasi pesisir Pantai Timur Sabah.
"Pada masa ini, terdapat lapan radar yang baru sahaja selesai menjalani kerja-kerja naik taraf pada 16 Sept lepas yang melibatkan Radar CSS 1206. Bagaimanapun, terdapat lima Radar CSS AESA SPEXER 2000 telah mengalami kerosakan dan tidak ekonomi untuk dibaiki.
"Kesemua peralatan Radar CSS AESA SPEXER 2000 itu telah ditanggalkan untuk proses pelupusan. Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti keperluan bagi menutup sepenuhnya kelompongan di kawasan itu dengan melaksanakan perolehan sebanyak enam buah (5 penggantian dan 1 penambahan) radar gap filler yang baharu," katanya.
Beliau berkata jumlah keseluruhan peruntukan bagi perolehan enam radar itu adalah RM57 juta yang akan diperoleh dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023

Mohamad turut memaklumkan Radar Coastal Surveillance System (CSS) telah diletakkan di 13 lokasi penempatan yang meliputi persisiran Kudat sehingga ke Tawau bagi mengawasi pesisir Pantai Timur Sabah. - Gambar fail

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.

ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.

ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.

Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"

Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.