JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan dua pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia Johor daripada pertuduhan menyeludup lapan migran, tiga tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Noor Hayati Mat membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pegawai kanan imigresen Haris Fadzilah Abu Bakar, 51, dan penolong pengarah di Jabatan Imigresen Noryati Abu Bakar, 53.
Noor Hayati dalam penghakiman ringkas antara lain menyatakan bahawa prosedur pengeluaran kesemua migran warga Indonesia yang dibuat kedua-dua tertuduh adalah mengikut tatacara yang dibenarkan pihak imigresen.
"Saya telah meneliti keterangan kesemua saksi yang menyatakan skop tugas yang berkait dengan urusan imigresen terhadap warga Indonesia yang memohon untuk keluar dari negara pada hari kejadian dan berpendapat pendakwaan gagal untuk membuktikan bahawa dua tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa kemasukan migran yang disenaraikan adalah tidak sah.
"Oleh demikian, saya berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan prima facie terhadap kedua-dua tertuduh dan dengan ini kedua-duanya dilepas dan dibebaskan tanpa perlu pembelaan dipanggil," katanya.
Mengikut pertuduhan, Haris Fadzilah dan Noryati bersama tiga yang lain didakwa bersama-sama menjalankan penyeludupan terhadap lapan migran di Lot 21, Jalan Feri di Pelabuhan Pasir Gudang di sini pada 12 tengah hari, 15 Jun 2020.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum di bawah akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan boleh didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sebanyak 21 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang berlangsung sejak tahun lepas.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Kodesviary, manakala Haris Fadzilah diwakili peguam Datuk Zamri Idrus, Muhammad Abd Kadir, Md Ridzuan Othman dan Khairulnadiah Hasni Yusoff.
Noryati pula diwakili peguam Latheefa Beebi Koya dan Zaid Malek.
Tiga tertuduh yang lain iaitu buruh binaan M. Amir Nasir, 64, ejen tiket feri Tengku Jajang Sagita Tengku Ridzuan, 57, dan pengawal keselamatan di Terminal Feri Pasir Gudang Razali Mohamad, 58, telah dijatuhkan hukuman penjara antara dua hingga empat tahun selepas mereka mengaku bersalah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2023

Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor Norhayati Abu Bakar, (kanan) dan Pegawai Kanan JIM Johor Haris Fadzilah Abu Bakar, (kiri) yang didakwa terlibat menyeludup migran. - Foto Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Dua pegawai kanan imigresen bebas pertuduhan seludup migran
Mahkamah melepas dan membebaskan dua pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia Johor daripada pertuduhan menyeludup lapan migran.