KUALA LUMPUR: Dua pegawai kanan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa berhubung kes rasuah RM1.25 juta dua bulan lalu.
Dipercayai untuk menutup siasatan kes seorang ahli perniagaan, berhubung mata wang kripto bagi pembelian senjata api oleh warga Israel, bulan lalu.
Dua tertuduh itu ialah Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakuanan Forensik, Asisten Komisioner, Chin Khiam Kong, 54, dan Ketua Unit, Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Deputi Superintenden, Suhairon Abdullah, 42.
Dua lelaki itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Khiam Kong yang memakai baju kemeja biru muda sementara Suhairon kemeja hitam, didakwa bersama-sama, sebagai pegawai kanan Polis Diraja Malaysia, secara rasuah bersetuju dan telah menerima suapan RM1 juta daripada Khoo Zixian, 28.
Wang dilaporkan untuk membantu menutup siasatan jenayah ke atasnya, berkaitan kes bawah Seksyen 120 Kanun Keseksaan (kes keselamatan negara).
Kesalahan didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat, Bahagian Siasatan Perakaunan Forensik/Cryptocurrency, JSJK dan letak kereta Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, pada jam 12 tengah hari hingga 4.40 petang, 8 April lalu.
Dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Khiam Kong didakwa atas dua lagi pertuduhan, iaitu bersetuju untuk memperoleh rasuah dan telah menerima suapan RM250,000 daripada Zixian sebagai dorongan serupa, berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (kes menipu).
Kesalahan didakwa dilakukan di Menara KPJ, jam 12.30 tengah hari, 18 April dan 10.30 pagi, keesokan hari, mengikut Seksyen 16(a)(B) akta sama dengan hukuman serupa.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir mencadangkan setiap tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin.
“Ia termasuk syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes ini selesai.
“Kesalahan yang dilakukan dua tertuduh ini, sangat serius kerana melibatkan wang lebih RM1 juta, maka cadangan ini adalah munasabah,” katanya.
Bagaimanapun, peguam, Jacky Loi Yap Loong yang mewakili Khiam Kong, merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah dengan mengambil kira dia telah berkhidmat kepada negara selama 29 tahun.
“Dia mempunyai empat anak berusia 27 hingga 18 tahun, yang mana bongsu masih belajar di luar negara selain dia tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri,” katanya.
Sementara itu, peguam, Ridha Abdah Subri merayu bagi pihak Suhairon berkata, anak guamnya telah berkhidmat lebih 20 tahun, maka tiada sebab untuk dia melarikan diri.
“Dia perlu menyara ibu bapa yang uzur, isteri dan empat anaknya yang masih bersekolah,” katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Azura membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan seorang atau dua penjamin, dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 30 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Pada Jumaat lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tiga pegawai berpangkat asisten komisioner, deputi superintenden dan inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditahan sekitar Jalan Tun Razak di sini, bagi membantu siasatan kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.
Dua lagi yang ditahan, masing-masing seorang inspektor dan sarjan, kerana disyaki melakukan pemerasan terhadap individu yang disiasat oleh mereka berhubung kes mata wang kripto.
Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 28 2024

Khiam Kong (kiri) dan Suhairon (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa bagi menghadapi pertuduhan kes rasuah RM1.25 juta, bulan lalu. - Foto Sinar Harian

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua anggota polis didakwa peras ugut seorang lelaki Myanmar
Dua anggota polis mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pemerasan wang RM300 terhadap seorang lelaki warga Myanmar.

Seludup migran: Lima individu termasuk ASP dan Koperal dituduh di mahkamah
Lima individu termasuk seorang pegawai polis berpangkat ASP dan Koperal didakwa atas kesalahan menyeludup 119 migran Myanmar.

Tiga anggota polis antara tujuh didakwa larikan peti besi berisi RM400,000
Tiga anggota polis antara tujuh individu dituduh di Mahkamah Majestret, Alor Setar hari ini atas pertuduhan memecah masuk dan melarikan sebuah peti besi berisi wang tunai RM400,000.