KOTA BHARU: Dua pekerja kedai emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan memuat naik iklan perasmian sebuah kedai emas yang memaparkan gambar Tengku Bendahara Kelantan sebagai perasmi di laman sosial Facebook.
Tertuduh, Nor Asri TeChe Husin, 42, dan Aznizan Yusof, 46, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan itu pada 16 Oktober lalu sekitar jam 6.55 petang di sebuah premis di Kampung Pasir Kota, di sini dengan memuat naik gambar perasmian iklan kedai emas yang akan disempurnakan oleh Tengku Bendahara Kelantan tanpa kebenaran.
Dua pekerja terbabit telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun mereka tidak mengaku bersalah dan mohon untuk dibicarakan.
Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua pekerja itu diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.
Perbicaraan itu ditetapkan pada 23 November ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan oleh, Timbalan Pendakwaraya Nur Akmal Mohd Bakri.
Sementara kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam, Saiful Adli.
Sinar Harian 21 Oktober lalu melaporkan, seorang lelaki yang juga pemilik sebuah syarikat dan seorang pekerja kedai emas direman bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan identiti kerabat diraja Kelantan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, kedua-dua individu itu masing-masing berusia 42 dan 46 tahun direman selama tiga hari bermula Sabtu.
Rosdi memberitahu, polis menerima laporan pada Isnin lepas mengenai penyalahgunaan identiti kerabat diraja Kelantan bagi iklan pelaburan emas.
Sinar Harian
Mon Oct 23 2023

Tertuduh diiringi oleh anggota polis semasa menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Isnin. - Foto Sinar Harian

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pekerja kedai emas hilang ketika riadah ditemukan lemas
Seorang pekerja kedai emas ditemukan lemas selepas hilang ketika beriadah di Pantai Tanjung Rhu, di sini pada Jumaat.

Dua pekerja kedai emas didakwa guna gambar kerabat Diraja Kelantan untuk iklan perasmian
Dua pekerja kedai emas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memuat naik iklan perasmian sebuah kedai emas yang memaparkan gambar Tengku Bendahara Kelantan.