ISKANDAR PUTERI: Dua pekerja syarikat pembersihan maut terjatuh ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa lelaki tempatan berusia 34 dan 35 tahun itu maut di tempat kejadian.
Beliau memberitahu, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menyelenggara fasiliti milik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.
"Ketika kejadian berlaku, cuaca berada dalam keadaan baik dan tidak hujan sepanjang mangsa bekerja membersihkan stadium.
“Kedua-dua mangsa secara tiba-tiba terjatuh ketika sedang bertugas. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.
Kamarul Zaman berkata, kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat.
Sementara itu, JDT menerusi perkongsian di Facebook (FB) Johor Southern Tigers menzahirkan rasa simpati atas kejadian yang berlaku.
Menerusi status di FB itu, JDT mengucapkan takziah kepada keluarga dua pekerja terbabit.
"JDT sedang menunggu laporan penuh berkaitan kejadian daripada pihak berwajib dan syarikat yang dikontrakkan untuk menyelenggara stadium," katanya.
Stadium Sultan Ibrahim dibuka secara rasmi pada 22 Februari 2020 lalu sekali gus menjadi venue rasmi JDT.
Upacara pecah tanah dilakukan pada Januari 2016 namun pembinaannya ditangguhkan beberapa bulan susulan pelarasan yang dibuat oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan lokasi stadium, aspek teknikal dan reka bentuk.
Dibina dengan kos RM200 juta di Iskandar Puteri, stadium itu menjadi gelanggang 'home' buat skuad Harimau Selatan menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Selain memuatkan kapasiti penonton seramai 40,000 orang, stadium yang dibina di tanah berkeluasan 28.3 hektar itu juga sebahagian daripada Bandar Sukan JDT yang menempatkan hotel, pangsapuri, pusat beli belah, padang ragbi, gelanggang tenis dan beberapa fasiliti sukan moden.
Astro Awani
Mon Jun 13 2022
Kamarul Zaman Mamat berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih dijalankan. - Gambar fail/BERNAMA
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas di dalam sungai di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.
Kematian empat ekor kucing akibat serangan haiwan liar - Polis
Tiada unsur penderaan dalam kes kematian empat ekor kucing yang dilaporkan di Universiti Malaya sejak Disember lalu.
Kes wanita disyaki dibunuh di hotel, dua lelaki warga asing ditahan
Suspek direman selama enam hari hingga 6 Januari untuk membantu siasatan.
Mayat reput di Banting dipercayai milik remaja hilang di Kajang
Susulan penemuan mayat tersebut, polis sudah menahan tiga individu berusia lingkungan 16, 20 dan 51 tahun termasuk teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan.
'Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan
Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di UM mungkin dilakukan psikopat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam bagasi
Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada jam 9 pagi, Rabu.
Mayat reput ditemukan di Jalan Rawang Bypass disahkan lelaki tempatan
Mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.