KANGAR: Polis sedang memburu dua tahanan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bukit Chabang, Beseri yang melarikan diri semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abudullah berkata kedua-dua tahanan lelaki itu masing-masing berusia 51 dan 44 tahun.
"Kali terakhir salah seorang tahanan dilihat memakai baju berwarna kuning dan berseluar 'track' warna gelap, manakala seorang lagi memakai baju berwarna putih dan berseluar 'track' gelap " katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Katanya pengurusan Puspen membuat laporan berhubung kejadian itu semalam dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar telah melancar Op Tutup bagi mengesan kedua-dua pelatih terlibat.
Beliau berkata Op Tutup disertai oleh tujuh pegawai dan 53 anggota polis dibantu oleh seorang pegawai dan sembilan anggota dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis.
'Polis turut melakukan tiga sekatan jalan raya dibantu oleh Pasukan Gerakan Am," katanya.
Mohd Shokri berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan (kecuaian penjawat awam membiarkan seseorang lari dari tahanan) dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan (tentangan atau halangan terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang).
Beliau berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat di talian 04-9492222 dan 04-9491481.
--BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022
Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar telah melancar Op Tutup bagi mengesan kedua-dua pelatih terlibat. - Gambar hiasan
[TERKINI] Majlis Penandatangan MoU dan Sidang Media Bersama PM Anwar dan Presiden Türki
Ikuti Majlis Penandatangan MoU dan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Putrajaya.
Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.
Korea Utara kecam kapal selam nuklear AS di Busan
Kementerian Pertahanan Korea Utara menuduh Amerika Syarikat menimbulkan ancaman keselamatan serius dengan menghantar kapal selam nuklear ke pelabuhan Korea Selatan.
Menurut laporan agensi berita KCNA, pasukan tenteranya bersedia mengambil tindakan yang diperlukan.
Menurut laporan agensi berita KCNA, pasukan tenteranya bersedia mengambil tindakan yang diperlukan.
PM puji kejayaan Turkish Airlines, seru Malaysia ikut jejak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas keyakinan dan kepercayaan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk terus mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISGA).
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara.
Filem 'Abang Adik' terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa, pencalonan festival dan tayangan global terbanyak.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Pembubaran DOJ tidak jejas proses pemulihan aset
Pembubaran DOJ tidak menjejaskan usaha berterusan Malaysia dalam pemulihan aset 1MDB.
FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy
BIRO Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan ribuan dokumen yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK).
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.
Malaysia-Turkiye sasar lonjakan perdagangan melebihi AS$5 hingga AS$10 bilion – PM Anwar
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mencadangkan penambahan nilai perdagangan dan pelaburan melebihi AS$5 ke AS$10 bilion.
Jelasnya tiada sebab mengapa kedua-dua negara tidak boleh meningkatkan manfaat perdagangan dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, agrikomoditi, elektrik dan elektronik serta pertahanan.
Jelasnya tiada sebab mengapa kedua-dua negara tidak boleh meningkatkan manfaat perdagangan dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, agrikomoditi, elektrik dan elektronik serta pertahanan.
Dua pelatih lari dari Puspen Bukit Chabang, Op Tutup dilancar
Polis sedang memburu dua tahanan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bukit Chabang, Beseri yang melarikan diri semalam.