SETIU: Dua lelaki masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyeludup 78 ekor kambing tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada tahun lepas.
Majistret Ainis Abu Hassan Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap pemandu lori Muhammad Hafihnizam Idris, 30, serta kelindan Mohamad Sharif Abd Rahman, 23, dan mengarahkan mereka dihukum penjara 10 bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah juga mengarahkan 78 ekor kambing jantan bernilai RM22,951.20 itu dilucutkan hak dan menjadi hasil kerajaan.
Mereka didakwa memindahkan haiwan dari Thailand yang dimasukkan ke dalam guni menggunakan lori tanpa Perakuan Kebenaran Pindah dan Perakuan Kesihatan Veterinar daripada Pengarah JPV Terengganu atau pegawai yang diberi kuasa olehnya.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di tepi jalan di Kampung Penarik, di sini pada 7.50 malam, 13 Dis lepas.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut perenggan 4 (1) (c) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Hawar Berdarah Negeri Terengganu 2023, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda maksimum RM15,000 mengikut subseksyen 36 (7) akta sama.
Sementara itu, dalam prosiding berasingan seorang pemandu lori, Mohd Farhan Ab Rahim, 36, didenda RM8,000 atau penjara lapan bulan oleh mahkamah sama setelah mengaku bersalah atas kesalahan serupa melibatkan 49 ekor kambing betina bernilai RM13,160.
Kesemua kambing itu menjadi hasil kerajaan setelah dilucutkan hak oleh mahkamah.
Mohd Farhan didakwa memindahkan kesemua kambing dari negara itu di tepi Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhadapan Mahkamah Setiu pada 8.45 malam, 12 Julai lepas.
Kedua-dua prosiding dikendalikan Pegawai Pendakwa JPV Terengganu, Mohd Shahihan Mohd Tahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kes itu terbongkar hasil risikan JPV Terengganu susulan aduan penjualan kambing murah atau 'kambing viral' yang dibawa masuk ke Malaysia secara haram.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024

Mereka didakwa memindahkan haiwan dari Thailand yang dimasukkan ke dalam guni menggunakan lori tanpa Perakuan Kebenaran Pindah dan Perakuan Kesihatan Veterinar daripada Pengarah JPV Terengganu atau pegawai yang diberi kuasa olehnya. - Gambar/ Bernama
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Pelancongan, mahu tarik minat generasi muda
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.

Dua pemandu lori, seorang kelindan didenda seludup kambing
Dua lelaki masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menyeludup 78 ekor kambing tanpa kebenaran di Terengganu.

PGA rampas lori, kambing seludup bernilai lebih RM100,000 di Tumpat
Lelaki berusia 47 tahun itu sengaja memandu lori pada 2 pagi bagi mengelak terserempak dengan pihak berkuasa.