IPOH: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) menjemput dua pengadil luar negara dari Ragbi Asia bagi mengadili Kejohanan 7 Sebelah Kebangsaan yang dijadual bermula di sini, esok.
Pengarah Pertandingan KRM, Fahmy Jalil, berkata Ragbi Asia telah memilih Leow Wei Liang dan Christabelle Lim Mee, kedua-duanya dari Singapura, sebagai pengadil jemputan bagi mengadili kejohanan dua hari itu.
"Leow akan mengadili untuk perlawanan kategori lelaki manakala Christabelle pula untuk kategori wanita, ini antara pembaharuan yang KRM ketengahkan pada kejohanan kali ini.
"Kedua-dua pengadil ini akan dibantu pengadil tempatan yang sedikit sebanyak turut memberi ruang kepada pengadil kita untuk menimba pengalaman," katanya ketika ditemui selepas sesi Taklimat Pengurus Pasukan Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan, dekat sini, malam tadi.
Fahmy berkata ini merupakan kerjasama pertama dengan Ragbi Asia dan berharap peluang ini mampu memberi semangat kepada pengadil tempatan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.
"Kita harapkan kerjasama dengan Ragbi Asia akan berterusan dalam siri penganjuran akan datang," katanya.
Sebanyak 50 pasukan mengesahkan penyertaan tahun ini melibatkan hampir 800 pemain dan pegawai yang akan berkampung di dua venue iaitu Stadium Ragbi Perak dan Kem Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Seperti tahun 2022, kejohanan ini mengekalkan empat kategori yang akan dipertandingkan iaitu Lelaki Terbuka (15 pasukan), Wanita Terbuka (10 pasukan), Lelaki Bawah 20 Tahun (14 pasukan) dan Wanita Bawah 20 Tahun (11 pasukan).
Format kejohanan selama dua hari itu akan dijalankan dalam dua pusingan iaitu pusingan awal bagi peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati untuk peringkat suku akhir ke atas.
Kejohanan itu juga bakal menyaksikan kehadiran pemain kebangsaan bagi mewakili negeri masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023

Fahmy ketika menyampaikan Taklimat Pengurus Pasukan Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan 2023 di House M Roof, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Piala HMS Malaya bakal cecah usia 100 tahun
Apa yang anda tahu tentang Piala Her Majesty Ship (HMS) Malaya?

RWC 2019: Fiji benamkan Georgia 45-10
Pasukan rangking ke 11 Fiji mudah menundukkan Georgia 45 berbalas 10 dalam perlawanan di Stadium Ragbi Hanazono di Higashiosaka pada Khamis.

RWC 2019: Perancis tundukkan Amerika Syarikat 33-9
Pasukan Perancis menambah lima lagi mata bonus selepas berjaya menundukkan USA dalam perlawanan dalam Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Fukuoka Hakatanomori di Fukuoka pada rabu.

RWC 2019: Jepun kejutkan Ireland 19-12
Tuan rumah pasukan Jepun melakar sejarah apabila menundukkan pasukan pilihan, Ireland, 19-12 dalam perlawanan pool A yang berlangsung di stadium Shizuoka Ecopa pada Sabtu.

RWC 2019: England tepati ramalan menang besar lawan USA
England meraih lima lagi mata selepas menang besar menentang pasukan Amerika Syarikat dalam Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Kobe Misaki pada Khamis.

Cuma salah faham kecil, Faiz terharu Sonny B Williams mohon maaf
Permohonan maaf bintang All Blacks, Sonny B Williams kepada seorang jurugambar tempatan menjadi trending meskipun kesilapan yang berlaku terlalu kecil dan disebabkan salah faham.

RWC 2019: Itali menang besar ke atas Kanada
Pasukan Itali berjaya mendapat markah bonus selepas membenam lawan Kanada dalam 48 berbalas 7 dalam aksi pasukan Pool B di Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Fukuoka Hakatanomori pada Khamis.

RWC 2019: Uruguay buat kejutan, menang tipis ke atas Fiji
Uruguay mengejutkan Fiji dengan kemenangan tipis 30-27 dalam Perlawanan Piala Dunia Ragbi 2019 bagi Pool D yang berlangsung di Stadium Kamaishi, Jepun pada petang Rabu.

RWC 2019: Rusia kecundang sekali lagi, dibelasah Samoa 9-34
Rusia mengalami kekalahan kedua dalam kempen Piala Dunia Ragbi 2019 selepas dibelasah Samoa 9-34 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ragbi Kumagaya, Jepun.

RWC 2019: England belasah Tonga 35-3
Pasukan rangking ketiga dunia England berjaya menumpaskan pasukan tangga ke 15 Tonga dengan kemenangan selesa 35 berbalas tiga dalam perlawanan di Sapporo Dome pada petang sabtu.