KOTA BHARU: Dua pengarah syarikat pengendali pakej umrah tidak mengaku bersalah atas 51 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membayar balik tuntutan wang berjumlah RM503,221 kepada 17 mangsa di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa.
Kedua-dua individu berkenaan dari Emraz Travel & Tours Sdn Bhd iaitu Datuk Zulkarnain Endut, 43, dan Datin Mazuin Mustafa, 43, yang juga suami isteri mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Shafiq Aizat Nazri.
Mengikut pertuduhan, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat dengan Zulkarnain dan Mazuin, selaku orang kena saman (OKS) berdepan 51 pertuduhan kerana gagal mematuhi award TTPM berkenaan.
Kesemua OKS didakwa mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang diketuai Mohd Sophian Zakaria, Suhana Mohd dan Shafiq Mahadi memohon jaminan dikenakan terhadap setiap OKS adalah sebanyak RM102,000 dengan seorang penjamin.
Katanya, semua OKS juga perlu melapor diri setiap bulan di KPDN Putrajaya bagi memastikan OKS hadir ke mahkamah.
"Untuk makluman pihak mahkamah, OKS sebelum ini sudah didakwa di Mahkamah Putrajaya atas 61 pertuduhan dan hari ini pula 51 pertuduhan membabitkan nilai RM503,221 di Kelantan.
"Kes ini membabitkan 17 mangsa di Kelantan di mana bakal jemaah umrah ini terpaksa menabung untuk menunaikan umrah. Bakal jemaah ini mula membuat pembayaran bermula Februari 2023 dan mangsa sepatutnya berlepas menunaikan umrah pada Mac tahun lalu.
"Sehingga kini tiada usaha dibuat OKS untuk menjejaskan bayaran kepada mangsa dan saya merasakan jaminan yang ditawarkan adalah bersesuaian memandangkan OKS sangat culas," katanya.
Bagaimanapun, peguam mewakili ketiga-tiga OKS, Datuk Hanif Hassan memohon jaminan dikurangkan memandangkan jumlah ditawarkan sebanyak RM102,000 bagi setiap OKS adalah sangat tinggi.
Katanya, anak guam mereka sudah tidak menjalankan operasi perniagaan dan lesen perniagaan juga sudah ditamatkan.
"Mereka susah tidak mempunyai hasil pendapatan untuk meneruskan hidup," katanya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM10,200 secara global (kesemua OKS) dan OKS perlu hadir untuk melapor diri setiap bulan di pejabat KPDN Putrajaya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 13 2024
Tertuduh (kiri) semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret di Kota Bharu, pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Penipuan pakej umrah: Akta Industri Pelancongan 1992 akan diperkasa, tingkat penguatkuasaan
Akta Industri Pelancongan 1992 akan diperkasa bagi memastikan tahap penguatkuasaan lebih baik selari dengan usaha mengekang kes penipuan pakej pelancongan termasuk pakej umrah.
Dua pengarah syarikat pengendali umrah tak mengaku gagal patuh TTPM
Dua pengarah syarikat pengendali pakej umrah tidak mengaku bersalah atas 51 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Polis Terengganu terima laporan penipuan umrah, kerugian lebih RM200,000
Polis menerima lima laporan berkaitan kes penipuan pakej umrah dan haji oleh dua syarikat dengan jumlah kerugian RM214,315.
'Ustaz Nizam' mengaku bersalah 4 pertuduhan pindah wang hasil aktiviti haram
Tertuduh, mohd nizam noh, 49 tahun, yang juga dikenali sebagai 'ustaz nizam' membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan dihadapan hakim, norsiah ujang.