Polis hari ini menahan dua pengedar yang ada kaitan dengan sindiket dadah di negeri ini bersama rampasan dadah jenis syabu bernilai hampir RM700,000.
Kedua-dua suspek ditahan dalam Ops Lejang di Jalan Hamzah, di sini, dan di sebuah rumah di Kampung Merisa Wakaf King Berangan, Tumpat pada Selasa dan Rabu lepas.
Menerusi operasi jam 11.50 malam Selasa, polis menahan sebuah kereta Perodua Kelisa yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Kota Bharu dan menemui dadah jenis syabu sebanyak 10kg yang diletakkan dalam beg pakaian dan dibungkuskan dalam bungkusan teh bertulisan Cina.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata sebelum ditahan dua lelaki berusia 21 dan 31 tahun cuba menyogok polis sebanyak RM21,000 untuk mengelak diri mereka ditahan.
”Operasi sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu mengadakan sekatan jalan raya dan mendapati kereta dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan.
“Mereka ditahan dan hasil pemeriksaan menemui satu beg pakaian berkunci yang diletakkan di kerusi penumpang belakang. Pada masa yang sama, seorang lelaki merayu supaya tidak ditahan dan meminta polis mengambil wang sebanyak RM21,000 yang berada dalam bungkusan.
“Pemeriksaan lanjut menemui dadah syabu dalam beg berkenaan seberat 10 kilogram,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini pada Isnin.
Beliau berkata, siasatan lanjut seorang daripada suspek yang ditahan membawa polis ke sebuah rumah di Kampung Merisa Wakaf King Berangan, Tumpat jam 2 pagi Rabu lalu dan menemui satu plastik hitam yang diletakkan di tempat duduk penumpang belakang Honda City.
Katanya, siasatan menemui 10 peket plastik warna biru mengandungi 6,000 biji pil kuda dan sembilan peket plastik mengandungi Syabu seberat 459 gram.
“Polis turut menyita wang tunai RM24,748, dua motosikal Honda EX5 dan Ego LC serta sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dengan nilai rampasan RM94,748.
“Mereka ini ada kaitan dengan satu sindiket dadah yang bergiat aktif sejak 2013 dan dadah dipasarkan di Besut, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok.
“Lelaki berusia 31 tahun mempunyai dua rekod kesalahan lampau. Mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori,” katanya.
Vivi Sumanti
Mon Dec 10 2018
Antara dadah bernilai hampir RM700,000 yang telah dirampas.
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, pada Jumaat.
Polis kesan tiga lagi suspek, lima individu telah ditahan
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur, awal pagi Rabu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
APM Besut tangkap 400 ular sepanjang MTL
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut menangkap lebih 400 ekor ular pelbagai spesies sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).
WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - KP Selangor
Siasatan polis mendapati, terdapat kesan atau unsur-unsur bot dinaiki anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilanggar.
"Pakcu Hassan" berusia seabad bersyukur dapat rai Tahun Baharu Cina bersama cicit
Pakcu Hassan menyambut Tahun Baharu Cina kali ini dengan penuh kesyukuran kerana dikelilingi anak-anak, cucu, dan cicit.
Dua pengedar ditahan bersama dadah RM700,000
Dua pengedar yang ada kaitan dengan sindiket dadah di negeri ini ditahan bersama rampasan dadah jenis syabu bernilai hampir RM700,000.