JOHOR BAHRU: Dua penunggang wanita maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum merempuh sebuah lori di Jalan Gunung Pulai dekat Kulai hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Supt Yusof Othman berkata kemalangan yang dipercayai berpunca daripada keadaan permukaan jalan yang licin berikutan hujan itu berlaku pada pukul 12 tengah hari.
Beliau berkata mangsa berusia 36 tahun yang menunggang Yamaha Y15ZR maut di tempat kejadian, manakala mangsa berusia 38 tahun dan menunggang Yamaha Y16ZR meninggal dunia ketika menerima rawatan.
"Kedua-dua motosikal dibawa mangsa hilang kawalan semasa di selekoh jalan tersebut, sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh lori jenis Volvo tersebut.
Mangsa berusia 36 tahun meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah, manakala mangsa 38 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai," katanya pada kenyataan.
Yusof bagaimanapun berkata pemandu lori terbabit yang merupakan lelaki berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu video yang memaparkan kemalangan membabitkan dua wanita yang masing-masing menunggang motosikal itu turut tular di media sosial.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023

Dua penunggang wanita maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum merempuh sebuah lori di Jalan Gunung Pulai dekat Kulai hari ini. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dua penunggang wanita maut motosikal terbabas rempuh lori
Dua penunggang wanita maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum merempuh sebuah lori di Jalan Gunung Pulai dekat Kulai hari ini.