PETALING JAYA: Dua lelaki ditahan pada Rabu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menyamun kedai serbaneka di sekitar Kelana Jaya di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita sekitar jam 3.30 petang, pada Isnin mendakwa dirinya disamun.
Katanya, kira-kira jam 1.30 petang, mangsa yang berusia 40 tahun itu didatangi seorang lelaki tempatan ketika dia sedang bekerja di kaunter bayaran kedai serbaneka yang terletak di kawasan Kelana Jaya.
"Lelaki itu berpura-pura sebagai pelanggan dan ingin membuat bayaran di kaunter.
"Tiba-tiba suspek mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa menyerahkan wang kepadanya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, mangsa yang panik terus menyerahkan wang dianggarkan berjumlah RM500 dari mesin tunai dan suspek terus melarikan diri.
Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 23 dan 34 tahun dalam kawasan Kelana Jaya.
"Polis telah merampas pakaian suspek serta sebilah pisau disyaki digunakan semasa melakukan jenayah samun.
"Siasatan awal mendapati, mereka terlibat dalam kes samun berkawan tanpa senjata api yang menyasarkan kedai serbaneka sekitar Kelana Jaya," katanya.
Menurut Ku Mashariman, kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.
"Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, polis percaya telah menyelesaikan tiga kes samun kedai serbaneka di kawasan Kelana Jaya.
"Suspek direman lima hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun berkawan tanpa senjata api yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat," jelasnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 17 2022
Suspek menyasarkan kedai serbaneka di sekitar kawasan Kelana Jaya. -Foto Sinar Harian
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
Kedai makan, serbaneka di Kuala Lumpur boleh beroperasi hingga 2 pagi
Kedai makan dan kedai serbaneka di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sehingga pukul 2 pagi mulai Isnin.
Industri peruncitan, keselamatan dan kosmetik paling berdaya tahan ketika pandemik
Industri peruncitan komputer, kedai serbaneka, sistem keselamatan dan minyak wangi serta kosmetik antara industri berdaya tahan ketika pandemik COVID-19