KUALA LUMPUR: Perkhidmatan percubaan dua bas perantara akan diperkenalkan ke stesen-stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) bagi penduduk di sekitar Puchong, Seri Kembangan dan Cheras selama tiga bulan bermula Isnin ini (25 Sept).
Rapid Bus dalam satu kenyataan memaklumkan dua bas perantara itu membabitkan laluan T545 (Stesen MRT Putra Permai - Stesen LRT Puchong Perdana) dan T569 (Stesen MRT Serdang Raya - Stesen MRT Batu 11) yang kedua-duanya akan beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan setiap 15 minit, dan tambang RM1 untuk perjalanan sehala.
Menurut kenyataan itu, antara hentian yang terlibat bagi laluan T545 ialah penduduk dari Flat Puchong Indah, Vista Millennium, Lakeview Homes, Lakehaven Homes, Pangsapuri Seri Pelangi, Taman Puchong Utama 10 (Barat) dan Taman Puchong Utama 12.
"Bagi laluan T569 pula melibatkan hentian seperti Plaza Kasturi, Taman Taming Jaya, Komersial Taming Jaya, Taman Bukit Belimbing, South City Plaza, Taman Sg. Besi Indah (Selatan), Taman Bukit Belimbing dan Kampung Baru Balakong," menurut kenyataan itu.
Ketua Pegawai Operasi Rapid Bus Ku Jamil Zakaria dalam kenyataan sama turut memaklumkan perkhidmatan percubaan tersebut adalah usaha pihaknya menyediakan sistem rangkaian pengangkutan yang memudahkan penumpang untuk menyambung perjalanan dari satu laluan rel ke laluan rel yang lain dengan menggunakan bas perantara MRT.
Untuk maklumat terkini, pengguna boleh memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store bagi merancang perjalanan, aplikasi Google Maps untuk mengetahui lokasi bas serta layari laman web rasmi Rapid KL di https://myrapid.com.my.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Perkhidmatan percubaan dua bas perantara tersebut adalah usaha Rapid Bus menyediakan sistem rangkaian pengangkutan yang memudahkan penumpang untuk menyambung perjalanan dari satu laluan rel ke laluan rel yang lain. - Gambar hiasan/BERNAMA

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Hampir 1.5 juta penumpang pada 31 Dis, Rapid KL cipta rekod tertinggi
Rapid KL merekodkan jumlah penumpang paling tinggi pada 31 Disember 2024 iaitu hampir 1.5 juta orang berikutan sambutan Tahun Baharu 2025.

Rapid KL lanjut operasi rel, bas sempena sambutan Tahun Baharu 2025
Langkah ini bertujuan memberikan kemudahan kepada warga kota yang ingin menghadiri sambutan ambang Tahun Baharu di sekitar pusat bandar.

Prasarana buat laporan polis kes pergaduhan penyokong di stesen LRT
Dalam kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan bahawa laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Sungai Besi.

Pembaharuan pas My50 ditangguh hingga 31 Jan bagi penambahbaikan sistem
Proses pembaharuan pas My50 akan ditangguh sementara waktu bermula 23 Dis ini hingga 31 Jan depan di semua kaunter khidmat pelanggan rel, sistem Bas Rapid Transit (BRT) dan hab bas Rapid KL.</span&

Prasarana tambah kekerapan tren dan bas, mudahkan pengunjung ke program 2TM
Langkah berkenaan merupakan komitmen Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyampaikan maklumat berkaitan hala tuju secara terus kepada rakyat menerusi program yang bermanfaat.

Banjir: Landasan LRT ditakungi air, kerja baik pulih giat dijalankan
Kerja baik pulih kerosakan teknikal yang disebabkan takungan air di landasan stesen Wangsa Maju hingga Sri Rampai sedang giat dijalankan.

Notis tren tergendala, bantu pengguna jelaskan kelewatan ke tempat kerja
Pemberitahuan punca kelewatan disebabkan masalah operasi tren boleh dibuktikan dengan mendapatkan notis ataupun surat daripada Rapid KL.

Lorong bas Jalan Klang Lama: Pengguna jalan raya diharap beri maklum balas membina - Exco
Pengguna jalan raya di laluan projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama, di sini diharap dapat bekerjasama dan memberi maklum balas membina sepanjang tempoh percubaan perkhidmatan itu.

Rapid Bus perkenal lorong bas di Jalan Klang Lama bermula 15 Ogos ini
Rapid Bus akan melancarkan projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama dengan kerjasama DBKL bermula 15 Ogos ini.

Rapid KL perkenal pas MyCity Dua Hari
Pakej itu adalah sebahagian daripada komitmen syarikat berkenaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.