Kegembiraan 40 penunggang motosikal jenis Honda Wave yang mengikuti konvoi dari Klang, Selangor ke Desaru berakhir tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 22.5 Jalan KulaijayaKota Tinggi di sini, petang semalam.
Dalam insiden pada kira-kira 4.30 petang itu, Muhammad Fadzirul Hakimi Abd Rahim, 21, dan rakannya, Muhammad Adib Jasmani, 23, terbunuh selepas motosikal mereka dipercayai bergesel sesama sendiri dan terjatuh di laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah van yang menghala ke Kulaijaya.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Mohd Nor Rasid berkata berikutan itu, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan manakala seorang lagi penunggang cedera parah dan dirawat di Hospital Kota Tinggi.
Beliau berkata jenazah mangsa dituntut keluarga masing-masing semalam selepas selesai dibedah siasat.
Mohd Nor turut menasihati penunggang motosikal yang menyertai konvoi supaya mengutamakan aspek keselamatan serta mematuhi peraturan jalan raya demi menjamin keselamatan mereka.
Sementara itu, seorang peserta konvoi Firdaus Aqmal, 23, yang merupakan saudara Muhammad Adib, berkata ketika kejadian, mereka menyertai konvoi anjuran kelab motosikal Honda Wave ke Desaru.
Beliau berkata mereka bertolak dari Selangor pada hari Jumaat pada kira-kira 10 malam dan sempat singgah di Skudai serta Kulai sebelum nahas itu berlaku.
"Ketika singgah berehat di Skudai, saya dan arwah Adib sempat menunaikan solat Subuh dan arwah ada mengadu dia penat, mengantuk, nak tidur. Malah ketika itu, saya turut tidur bersamanya sebelum meneruskan perjalanan ke Kulai kira-kira pukul 7 lebih," katanya.
Firdaus berkata mereka memulakan perjalanan pada kira-kira 2 petang semalam dan beliau berada dalam kumpulan belakang manakala arwah dalam kumpulan tengah konvoi.
"Saya sampai di tempat kejadian kira-kira lima minit selepas kemalangan itu berlaku. Ketika itu, saya melihat Adib masih lagi bernafas malah saya sempat menyuruhnya mengucap, bagaimanapun, dia meninggal dunia tidak lama kemudian," katanya.
Bernama
Sun May 19 2013


RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

TSMCG terus komited bantu golongan kurang berkemampuan, terkesan akibat COVID-19
Presiden TSMCG Datuk Ir Zainuddin Mohd Radzi berkata usaha tersebut dilaksanakan menerusi pelbagai program amal dan kebajikan.

Tiga wanita termasuk dua beradik lemas ketika mandi di Pantai Batu Layar
Tiga wanita, termasuk adik-beradik lemas ketika sedang mandi di kawasan Pantai Batu Layar, Desaru, di sini.

Mayat kedua mangsa lemas Pantai Tanjung Balau dijumpai
Mayat kedua mangsa lemas di pantai Tanjung Balau, Desaru, ditemui oleh anggota keluarganya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian, pagi tadi.

Mayat dua remaja lelaki ditemui di Pantai Desaru
Dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan perairan Desaru, lewat petang semalam, ditemui mati lemas di pantai itu hari ini.

Dua peserta konvoi motosikal ke Desaru terbunuh
Kegembiraan 40 penunggang motosikal jenis Honda Wave yang mengikuti konvoi dari Klang, Selangor ke Desaru berakhir tragedi.