PUTRAJAYA:Dua produk metformin yang ditarik balik dari pasaran oleh syarikat pengeluarnya, Marksans Pharma Limited, tidak berdaftar di Malaysia dan tidak dibekalkan di fasiliti kesihatan di negara ini.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datin Dr Faridah Aryani Md Yusof berkata hanya produk metformin yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sahaja yang dibenarkan untuk dibekalkan kepada pesakit diabetes di negara ini.
"Sebanyak 68 produk metformin yang berdaftar dengan PBKD dan berada di pasaran Malaysia, telah menjalani pengujian impuriti N-Nitrosodimethylamine (NDMA).
"Produk metformin yang berada di pasaran pada masa kini tidak dikesan mengandungi NDMA atau tidak melebihi had impuriti NDMA," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Faridah Aryani berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) akan memanggil balik kelompok produk metformin yang terlibat daripada pasaran sekiranya mempunyai impuriti NDMA yang melebihi had.
Menurut International Agency for Research on Cancer (IARC), NDMA boleh meningkatkan risiko terjadinya kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang.
Pada Jumaat lalu, CNN Health melaporkan dua produk metformin yang digunakan untuk pesakit diabetes telah ditarik balik kerana mengandungi bahan penyebab kanser yang tinggi berikutan pengesanan NDMA yang telah melebihi tahap penerimaan antarabangsa.
Dua produk metformin yang ditarik balik dari pasaran ialah Metformin Hydrochloride Extended-Release Tablets USP 500mg dan Metformin Hydrochloride Extended-Release Tablets USP 750mg.
"KKM sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan sentiasa terjamin.
"Pihak KKM akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 14 2020
NDMA boleh meningkatkan risiko terjadinya kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang. -Gambar hiasan
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga esok.
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Platform 'Pertukaran Suka Sama Suka' direalisasikan tahun ini - Dzulkefly
Platform itu bertujuan membolehkan petugas kesihatan dalam skim yang sama bertukar tempat bertugas tanpa perlu campur tangan Bahagian Sumber Manusia.
KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok di pejabat - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.
Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia melancarkan kempen 'perang' terhadap garam yang bertujuan mengurangkan pengambilan bahan itu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
KKM alu-alukan langkah kawal selia premium insurans, takaful, intervensi
Langkah BNM mengawal selia kenaikan premium insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) adalah intervensi jangka pendek agar rakyat tidak terbeban dengan inflasi yang mendadak.
Air di Kampung Kelaik tiada pelanggaran had piawaian logam berat - KKM
KKM melalui JKN dan PKD akan terus memantau kualiti bekalan air di Kampung Kelaik secara berkala dengan kerjasama pihak JAKOA.
NCFS jadi pusat kecemerlangan bagi program keselamatan dan kualiti makanan - Dzulkefly
Pusat Kebangsaan bagi Keselamatan Makanan (NCFS) akan menjadi pusat kecemerlangan bagi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).