KUALA LUMPUR: Dua mi segera iaitu Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera Perisa Ayam Spesial jenama Indomie yang sebelum ini diarah ditarik balik susulan isu pencemaran ethylene oxide dalam produk itu, disahkan selamat untuk dimakan dan mematuhi perundangan yang ditetapkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan memaklumkan perkara itu disahkan berdasarkan analisis makmal yang dijalankan terhadap sampel dua jenis mi segera itu.
"Bagi makanan yang diimport, KKM (Kementerian Kesihatan) melaksanakan enam tahap pemeriksaan di pintu masuk negara berdasarkan risiko.
"Untuk pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas (TUL), produk makanan yang masuk ke negara ini akan ditahan dan dianalisis terlebih dahulu dan hanya produk makanan yang mematuhi standard sahaja yang dilepaskan untuk di pasaran Malaysia," katanya.
Beliau berkata bagi tempoh 2022 hingga April lepas, sejumlah 317 pensampelan bagi tujuan TUL dijalankan dan daripada jumlah tersebut, 37 (11.67 peratus) merupakan pensampelan TUL ke atas produk mi segera pelbagai jenama bagi parameter ethylene oxide.
Dr Muhammad Radzi berkata bagi mana-mana produk yang didapati tidak mematuhi peraturan ditetapkan, KKM akan bekerjasama dengan syarikat terbabit untuk memastikan semua produk terlibat ditarik balik daripada pasaran.
Pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq berhubung sebarang maklumat atau kemusykilan mengenai perkara itu.
Sebelum ini, KKM telah mengarahkan pihak syarikat terlibat untuk menarik balik secara sukarela terhadap produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai bagi batch yang mempunyai tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran Malaysia susulan isu pencemaran ethylene oxide dalam produk itu dan Indomie Perisa Ayam Spesial.
KKM juga telah mengeluarkan arahan untuk tindakan TUL bagi produk mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial keluaran Indonesia di semua pintu masuk negara dan meminta pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk terlibat dari pasaran.
Ethylene oxide merupakan sebatian gas kimia yang karsinogenik dan sering digunakan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.
Ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
Dr Muhammad Radzi memaklumkan perkara itu disahkan berdasarkan analisis makmal yang dijalankan terhadap sampel dua jenis mi segera itu. - Gambar fail/Astro AWANI
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Mark Zuckerberg ingin bawa perubahan kepada Facebook dengan penawaran seperti versi asal
Mark Zuckerberg mengatakan ingin mengutamakan pada tahun ini untuk mengembalikan pengalaman "OG Facebook".
Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.
Pelajar Malaysia dilaporkan hilang di Jepun ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Bekas pengurus syarikat rugi RM2 juta terperdaya penipuan pelaburan
Harapan seorang bekas pengurus syarikat untuk mengaut keuntungan segera musnah selepas kerugian kira-kira RM2 juta akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, di sini.
Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.
JDT lakar sejarah rekod kemenangan ke-29 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi melakar sejarah dengan merekodkan kemenangan ke-29 berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Super sejak 24 Jun 2022.