KUALA LUMPUR: Tindakan dua rakan yang memperkenalkan diri mereka sebagai polis sebelum merompak seorang lelaki warga Myanmar membawa padah apabila mereka dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Al Shafik Irwanshah, 26, dan Ahmad Ruhaifi Sufri Saupi, 30, selepas mereka mengaku bersalah melakukan rompak berkumpulan menggunakan pisau terhadap Kaung Khant Zaw dan mengambil telefon bimbit milik lelaki itu yang menyebabkan kerugian RM1,800.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 5 Ogos lepas.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Flat Mutiara Fadason, Taman Fadason, Kepong, di sini pada 5.40 petang, 18 Julai lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.
Mengikut fakta kes, ketika kejadian mangsa yang sedang menunggu lif di tingkat 18 di flat itu didatangi dua lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang kemudian mengarahkannya masuk ke dalam sebuah rumah sebelum mengacukan pisau dan mengambil telefon bimbit miliknya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap kedua-dua tertuduh dan masyarakat namun mereka yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023

Pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat. - Gambar fail/Astro AWANI
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Curi udang dan sotong, penunggang p-hailing dipenjara dua minggu
Gara-gara mencuri udang dan sotong di sebuah pasar, seorang penunggang p-hailing dihukum penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Dua rakan rompak warga asing dipenjara empat tahun, dua sebatan
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 5 Ogos lepas.

Penganggur gagal bayar denda RM27,000 kerana hina Agong
Mahkamah mengambil kira bahasa dan adat serta hantaran keterlaluan yang telah menghina dan menjatuhkan Agong sebagai raja berpelembagaan.

Warga Bangladesh miliki rokok seludup dikenakan bon berkelakuan baik
Majistret A. Akhiruddin @Boy Acho membuat keputusan itu terhadap Delowar Hassan, 27, selepas mempertimbangkan fakta kes, latar belakang tertuduh dan rayuan di hadapan mahkamah.