JOHOR BAHRU: Dua rakan terlepas hukuman gantung setelah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 455 gram, tiga tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Noor Hayati Mat membuat keputusan itu terhadap Effy Sharaffi Muszali, 28, dan Indra Ironi Nasrun, 27, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.
Noor Hayati dalam penghakiman antara lain, menyatakan bahawa rantaian bukti terhadap barang kes itu terputus selepas pihak pendakwaan tidak dapat memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.
Beliau berkata pihak pendakwaan juga gagal membuktikan bahawa kedua-dua lelaki itu mempunyai pengetahuan terhadap barang kes yang ditemukan di bahagian bawah stereng sebuah kereta.
Mengikut pertuduhan, Effy Sharaffi, seorang mekanik dan Indra Ironi, porter hospital di Singapura didakwa bersama-sama mengedar dadah berkenaan di tempat letak kereta tingkat dua, pusat beli-belah Skudai Parade di sini pada 6 petang, 16 Julai 2020.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Effy Sharaffi dihukum penjara tiga tahun oleh mahkamah selepas mengaku bersalah atas pertuduhan kedua iaitu memiliki kanabis seberat 10.14 gram di tempat sama pada 6.15 petang, 16 Julai 2020.
Noor Hayati menjatuhi hukuman itu terhadap Effy Sharaffi, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah hari ini dan memerintahkan dia menjalani hukuman penjara tersebut bermula 16 Julai 2020.
Terdahulu, Effy Sharaffi diarahkan untuk membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Lapan saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang berlangsung sejak 3 Julai lepas.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nasrudin Mohamed manakala peguam Nur Helmi A. Halim mewakili Effy Sharaffi manakala peguam Mohd Tarmeze Mohd Taib serta Mohammad Muzammil Mohammad Hairiri mewakili Indra Ironi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023

Effy Sharaffi (dua, kiri) dan Indra Ironi (empat, kiri) dibebas dan dilepaskan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka. - Gambar/ Bernama
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

Pasangan kekasih bebas pertuduhan miliki, edar dadah
Sepasang kekasih terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah.

Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM550,000
Polis Melaka menumpaskan satu sindiket dadah didalangi tiga lelaki dan merampas barangan terlarang itu membabitkan nilai RM556,271 Ahad lepas.

Sembilan termasuk lapan warga Taiwan didakwa edar dadah lebih 400kg
Lapan warga Taiwan dan seorang rakyat tempatan didakwa atas dua pertuduhan mengedar dua jenis dadah berbahaya seberat 489.7 kilogram 16 Jan lepas.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Polis rampas pelbagai dadah bernilai lebih RM13.59 juta, berkas 5 individu
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM13.59 juta dan memberkas lima individu berkaitan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak September tahun lepas.

Yusoff Rawther kemuka representasi gugur tuduhan edar dadah, bicara April
Hakim Mahkamah Tinggi menetapkan lima hari untuk perbicaraan kes bermula 7 hingga 11 April ini.

Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah
Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok.

Tiga rakan ditahan bersama 20kg syabu bernilai RM640,000
Kesemua suspek dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah jenis syabu itu ditahan dalam serbuan bermula 4 petang semalam hingga 2 pagi tadi.