KENINGAU: Lima pemburu haram termasuk dua remaja ditahan dalam operasi Op Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Batu 38, Nabawan, sempadan Hutan Simpan Ulu Pinangah, dekat sini, semalam.
Operasi jam 4.10 petang yang dijalankan bersama Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah itu turut berjaya merampas selaras senjata api jenis Bakakuk.
Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kelima-lima suspek berusia 13 hingga 44 tahun ditahan ketika menaiki sebuah pacuan empat roda.
Katanya, hasil pemeriksaan menemui selaras Bakakuk bersama 17 butir peluru yang dipercayai untuk digunakan dalam aktiviti pemburuan haram.
“Antara suspek yang ditahan termasuk dua remaja berusia 13 dan 16 tahun dan mereka dipercayai menjalankan aktiviti pemburuan haram di kawasan hutan simpan.
“Dalam kes tersebut, pasukan operasi turut merampas pelbagai barangan termasuk senjata api dan kenderaan yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM47,170,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Abduh berkata, semua suspek dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Eleanor Michelle Patrick
Sat Aug 28 2021

Lima pemburu haram termasuk dua remaja ditahan dalam operasi Op Bersepadu Khazanah (OBK), semalam. - Foto ihsan PGA Sabah

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Op Bersepadu Khazanah: Enam pemburu haram ditahan
Enam lelaki ditahan disyaki pemburu haram di Ladang Pongsoi Mukim Semantan, Lanchang, Pahang, Ahad lepas.

Padah miliki gading gajah
Miliki gading gajah dan dijadikan sebagai perhiasan konon sebagai lambang kemegahan hanya memakan diri selepas ditahan dalam serbuan pihak berkuasa di Taman Gasing Indah, di sini, Selasa lalu.

Pemburuan haram ialah jenayah terancang - TRAFFIC Asia Tenggara
Aktiviti pemburuan haram disifatkan sebagai jenayah terancang.

Hari Harimau Sedunia: Pupuskan pemburu haram, demi Harimau Malaya
Malaysia pernah memiliki 3,000 ekor harimau pada tahun 1950.

Sindiket jual daging, tulang harimau belang tumpas
Rangka dan tulang harimau belang dipercayai dalam proses untuk dijual kepada pembeli berjaya dirampas menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dekat dua lokasi di Rompin, Pahang pada Khamis.

'Terus gempur penjenayah hidupan liar, khazanah alam' - KPN
Jenayah hidupan liar dan khazanah alam negara akan terus menjadi tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha banteras kegiatan haram itu.

6 pemburu haram ditahan hasil siasatan, penyamaran 10 tahun
Perhilitan menahan enam pemburu haram dan merampas senjata api, busur serta anak panah, selain haiwan buruan termasuk kijang, rusa dan pelanduk.

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Tiga pemburu haram diberkas
Kesemua mereka yang merupakan warga tempatan ditahan kira-kira jam 7.30 petang.

Tiga anggota sindiket buru hidupan liar ditahan di Perak
Polis berjaya menahan tiga lelaki dipercayai memiliki dan menjual hidupan liar tanpa lesen dan pemilikan senjata api buatan sendiri dalam serbuan berasingan di Perak semalam dan kelmarin.