Polis menahan dua remaja lelaki dipercayai geng curi tabung masjid yang aktif di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dalam serbuan di Bukit Mertajam di sini semalam.
Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata hasil risikan dan intipan, sepasukan polis berjaya mengesan dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun itu sebelum menahan mereka kira-kira pukul 5.30 petang semalam.
"Pada 31 Jan lepas, kami menerima satu laporan polis daripada jawatankuasa Masjid Haji Saad di Jalan Tanah Liat, di sini berhubung kehilangan satu tabung yang diletakkan dalam kawasan masjid berkenaan.
"Berdasarkan pemerhatian rakaman kamera litar tertutup yang terdapat dalam masjid itu, polis berjaya mengesan kelibat dua lelaki yang melakukan kegiatan berkenaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya hasil siasatan, polis menahan kedua-dua remaja itu yang sedang menaiki sebuah motosikal dan semakan awal mendapati kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu berkenaan dipercayai dicuri.
Nik Ros Azhan berkata mereka juga mengaku terlibat dalam kes curi tabung di Masjid Haji Saad berkenaan dan mengambil wang sebanyak RM26 yang terdapat di dalam tabung tersebut.
"Tabung aluminium yang dicuri itu telah dibuang di kawasan sawah di Jalan Permatang Nibong dan kami juga telah menemui semula tabung berkenaan," katanya.
Menurut Nik Ros Azhan, siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan dua remaja yang tidak bekerja itu terlibat dalam beberapa lagi kes curi tabung masjid serta surau di daerah SPT dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Beliau berkata selain terlibat kes curi tabung, mereka juga dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun dan curi motosikal di sekitar negeri ini.
"Seorang daripada mereka positif dadah dan kedua-dua mereka kini direman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2017

Polis menahan dua remaja lelaki dipercayai geng curi tabung masjid yang aktif di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT). - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dua remaja geng curi tabung masjid ditahan
Polis menahan dua remaja lelaki dipercayai geng curi tabung masjid yang aktif di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dalam serbuan di Bukit Mertajam di sini semalam.