JERANTUT: Kegembiraan tujuh sahabat mandi-manda di Sungai Putat dekat Padang Piol di sini sempena cuti persekolahan bertukar tragedi selepas dua daripada mereka ditemukan lemas pada Khamis.
Mangsa, Muhamad Safwan Mohamad Zamri dan Mohamad Hanapi Romzi, kedua-duanya berusia 13 tahun ditemui dalam sungai tersebut kira-kira jam 5.40 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mati lemas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superitenden Azman Mat Khamis memberitahu, hasil siasatan mendapati kira-kira jam 11 pagi, kedua-dua mangsa bersama lima lagi orang rakannya telah mandi di sungai tersebut.
"Apabila selesai mandi, lima rakan mereka telah mengajak kedua-dua mangsa untuk pulang tetapi kedua-keduanya tidak mahu pulang dan terus mandi.
"Dan pada jam kira-kira dua petang, rakan mangsa telah pergi ke rumah mangsa iaitu,Mohd Safwan tetapi mangsa belum pulang," kata beliau dalam kenyataan pada Khamis.
Ujar beliau, ayah mangsa kemudiannya pergi ke tempat kejadian dan mendapati selipar dan baju kedua-dua mangsa berada di tepi sungai.
"Ayah mangsa cuba mencari di sekitar kawasan sungai tetapi tidak menjumpai mangsa.
"Penduduk kampung bersama anggota polis dan bomba telah melakukan aktiviti pencarian dan berjaya menjumpai kedua-dua mangsa kira-kira jam 5.40 petang di dalam sungai tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mati lemas," jelas Azman lagi.
Tambah beliau, hasil pemeriksaan, tiada kesan kecederaan lain dijumpai mana-mana bahagian badan mangsa atau kesan berunsurkan khianat, jenayah dan telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Jerantut untuk bedah siasat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 01 2023

Penduduk kampung bersama anggota polis dan bomba melakukan aktiviti pencarian dan berjaya menjumpai kedua-dua mangsa kira-kira jam 5.40 petang di dalam sungai. - Foto ihsan JBPM/Sinar Harian

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Dua remaja mati lemas, aktiviti cuti sekolah bertukar tragedi
Muhamad Safwan dan Mohamad Hanapi, kedua-duanya berusia 13 tahun, ditemui kira-kira jam 5.40 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mayat remaja lelaki lemas di sungai dijumpai
Mangsa, Muhammad Syafiq Akmal Zaidi, bersama tiga rakan lain melakukan aktiviti riadah mandi-manda di D'Kasai Riverside.