JOHOR BAHRU: Dua remaja lelaki lemas manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum menjunam ke dalam parit di Kilometer 14.3 Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Johor Bahru di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu membabitkan kereta Proton Wira dinaiki tiga penumpang dan seorang pemandu berusia 15 hingga 18 tahun yang telah hilang kawalan.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta tersebut melanggar pembahagi jalan di lorong kanan dan terbabas ke kiri jalan kerana hilang kawalan selepas melalui selekoh.
"Kereta itu masuk ke dalam parit besar dipenuhi air lalu menyebabkannya tenggelam.
"Mangsa yang maut merupakan pemandu dan penumpang hadapan kenderaan yang masing-masing berusia 18 tahun, manakala dua penumpang belakang iaitu seorang lelaki berusia 16 tahun dan seorang perempuan berusia 15 tahun cedera," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Katanya, kedua-dua mangsa yang maut dikeluarkan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia manakala dua penumpang belakang kereta berjaya menyelamatkan diri.
"Kedua-dua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Kemalangan ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Johar memberitahu, seramai 11 pegawai dan anggota beserta lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dikejarkan ke lokasi kejadian berhampiran Hotel Tune, Danga Bay.
Katanya, mereka dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
"Mangsa yang terperangkap disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
"Operasi selesai jam 3.08 pagi," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 17 2022
Anggota bomba berusaha mengeluarkan pemandu dan penumpang kereta yang terbabas dan terjunam ke dalam parit di Kilometer 14.3 Lebuhraya Sultan Iskandar, Johor Bahru, pada Ahad. -Foto Sinar Harian
Serangan udara Israel di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata
Letupan kuat kedengaran di kampung Baisariyeh, yang kemudiannya disahkan berpunca akibat serangan udara Israel.
AWANI Tonight 7 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt appoints three companies for vehicle inspections
2. Jakim's advise not policy, says Govt
1. Govt appoints three companies for vehicle inspections
2. Jakim's advise not policy, says Govt
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati bersempena dengan sambutan Thaipusam.
It's About YOUth: Creating a greener future with art
Can art inspire a greener future? Andrew Woon from Faber-Castell Malaysia and young artist Chan Ellen explore the transformative power of art in fostering environmental awareness among youth.
Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA
Tahun lepas juga menyaksikan SMA memperkukuh keselamatan siber untuk agensi kerajaan negeri menerusi Program CyberSarawak.
Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti media.
Polis sahkan terima laporan penemuan bangkai kucing
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad mengesahkan pihaknya ada menerima laporan.
MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengutip dan membersihkan 4,440 kilogram (kg) sampah sarap yang berpotensi menjadi pusat pembiakan serangga pembawa penyakit, di sebuah rumah di daerah Barat Daya.
Hakim Persekutuan AS sekat sementara rancangan Trump kurangkan pekerja kerajaan pusat
Keputusan itu dibuat beberapa jam sebelum tarikh akhir pada tengah malam untuk pekerja memilih program peletakan jawatan yang ditangguhkan.
AWANI Tonight: Jakim’s advice not policy, needs govt approval - Cabinet
Jakim may advise Muslims on safeguarding their faith but this does not equate to official policy, says the government. Any policies must also receive Cabinet approval before implementation.
Dua remaja maut, dua cedera kereta terbabas masuk parit
Kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu membabitkan kereta Proton Wira dinaiki tiga penumpang dan seorang pemandu berusia 15 hingga 18 tahun yang telah hilang kawalan.