Dua remaja maut apabila motosikal yang mereka naiki digilis treler selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, berhampiran Pos Raya, dekat sini, pada Rabu.
Mangsa, penunggang motosikal, Muhamad Husni Muhamad Anuar, 19 tahun, dan pembonceng, Nur Aina Zafirah Abdul Malek, 17 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Ipoh.
Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta dari arah Ipoh cuba memotong sebuah treler lalu bertembung dengan motosikal mangsa.
“Mangsa terjatuh di atas jalan, dan treler berkenaan tidak sempat mengelak dan brek, telah melanggar motosikal yang terbalik di atas jalan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Kemalangan itu turut menyebabkan pemandu kereta mengalami kecederaan selepas kenderaannya terbabas ke dalam semak, manakala pemandu treler tidak cedera.
BACA: Dua kemalangan, tiga maut dalam tempoh sejam
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang warga emas, P. Ramakrishnan, 61 tahun, maut selepas kenderaan jenis Toyota Innova yang dipandunya dirempuh sebuah lori di Jalan Jelapang-Chemor, berhampiran Kompleks KDN Meru, kira-kira jam 3.10 petang Rabu.
Menurut Mohamad Nordin, siasatan awal mendapati sebuah lori dari arah Jelapang ke Chemor telah hilang kawalan lalu merempuh kenderaan mangsa di laluan bertentangan.
“Mangsa mengalami kecederaan serta tersepit dalam kenderaan dan meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala pemandu lori dan seorang penumpang Toyota Innova tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.
Kedua-dua kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Sep 12 2019
![Dua remaja maut motosikal digilis treler Dua remaja maut motosikal digilis treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41568221450_kemalangan.jpg)
Mangsa terjatuh di atas jalan dan treler berkenaan tidak sempat mengelak dan menekan brek, lalu melanggar motosikal yang terbalik di atas jalan. Foto ihsan JBPM
![ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738798565_TBTerengganuFC.jpg)
ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.
![Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738801006_TBguaniah.jpg)
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
![Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738800210_tbwanitamautKebak.jpg)
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
![MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738797857_TBmotogp.jpg)
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
![Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738795020_tbpesakitkansergen.jpg)
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
![Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738797031_tbKementerianLuarN.jpg)
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
![K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738798311_TBlemas.jpg)
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
![Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
![Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696154036_MohdAzamIsmailKe.jpg)
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
![121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands 121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737061885_JPJsekatanjalanr.jpg)
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
![Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736127174_tanahruntuhBlueV.jpg)
Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
![Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710230391_HANDCUFF.jpg)
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
![Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709874678_hujanlebat.jpg)
Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.
![Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732136111_AlexanderNantaLing.jpg)
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
![Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731514725_CameronHighlands.jpg)
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.
![Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729853998_Tanahruntuh.jpg)
Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
![Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729517409_CameronHighlandKe.jpg)
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
![Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728800813_tbSultanSelangorAl.jpg)
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
![31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands 31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728363242_TBBanjir.jpg)
31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.