PUTRAJAYA: Dua sahabat terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan sabitan terhadap dua pertuduhan mengedar 626.55 gram dadah jenis methamphetamine, lima tahun lepas.
Bagaimanapun, Mohd Shazril Hafez Ibrahim, 29, dan Ahmad Sawal Ramle, 32, selaku perayu disabitkan terhadap kesalahan memiliki dadah itu dan masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara memutuskan demikian selepas peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili kedua-dua perayu memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi mereka bagi mengetepikan hukuman gantung iaitu mengedar kepada memiliki dadah tersebut.
"Setelah mempertimbangkan mitigasi kedua-dua perayu, perayu masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 2 Feb 2018," kata Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Hakim Datuk Supang Lian dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin.
Mengikut dua pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memiliki 626.55 gram methamphetamine di dalam bilik hadapan sebuah rumah di Jalan Kuala Berang, Kampung Padang Midin, Bukit Payong, Marang, Terengganu pada 6.30 petang, 8 Feb 2018.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebat tidak kurang daripada 10 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hisyam Mohd Jaafar.
Pada Januari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-dua lelaki itu setelah mereka didapati bersalah mengedar 626.55 gram methamphetamine.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan membawa hukuman gantung sampai mati. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023

Dua sahabat terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengetepikan sabitan terhadap dua pertuduhan mengedar 626.55 gram dadah jenis methamphetamine, lima tahun lepas.

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Dua sahabat terlepas tali gantung, dipenjara 12 tahun, 10 sebatan miliki dadah
Pada Januari 2021, dua sahabat ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar 626.55 gram methamphetamine.

Dua sahabat melecur kereta hangus terbakar
Dua sahabat nyaris maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan terbakar di Jalan Kampung Sungai Putat dekat Pendang, pada Rabu.

2 sahabat terlepas hukuman gantung sampai mati
Hakim membuat keputusan itu selepas pendakwaan gagal membuktikan mereka terbabit menyebabkan kematian Thomas Ooi Choon Chai, 37.

Dua lelaki ditahan miliki senapang angin buatan sendiri
Superintendan Baharudin Abdullah berkata, tangkapan dua suspek berkenaan dilakukan kira-kira 4.20 petang, Rabu lalu.

Edar dadah: Dua sahabat bakal ke tali gantung
Kedua-dua sahabat itu hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Dua sahabat ditahan selepas baru ambil dadah untuk dijual
Kedua-dua mereka yang juga tokan dadah ditahan bersama sejumlah barangan larangan itu ketika cuba melintasi sekatan jalan.

Polis tahan dua rakan suspek kes samun bersenjata di Kampung Gajah
Polis menahan dua sahabat yang disyaki menyamun dengan menggunakan senjata di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Nibong, Kampung Gajah di sini petang Rabu.

Dua sahabat mengaku tidak bersalah miliki 'MC' palsu
Dua sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Ayer Keroh, di sini atas pertuduhan memiliki sijil cuti sakit klinik kesihatan palsu.