KUALA LUMPUR: Dua saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Mohamad Sabu masing-masing didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberi keterangan bercanggah semasa disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ketika perbicaraan kes itu.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Zainudin Abdul Majid, 53, dan Ahmad Hisham Mohd Tajuddin, 54, selepas mereka menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan masing-masing.
Mahkamah juga memerintahkan Zainudin dipenjara 20 bulan manakala Ahmad Hisham dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Kedua-dua tertuduh merupakan adik-beradik membayar denda berkenaan.
Zainudin didakwa atas dua pertuduhan memberikan keterangan tidak selaras pada perbicaraan kes rasuah dihadapi Mohd Azhar Che Mat Dali dengan pernyataan yang diberikan kepada Penolong Kanan Penguasa SPRM Shamsudin Md Noh.
Tertuduh memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 8, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 7 April 2023 yang tidak selaras dengan pernyataan kepada Shamsudin pada 4 Nov 2022.
Ahmad Hisham pula didakwa atas satu pertuduhan sama ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan sama pada 9 Mei 2023 manakala keterangan kepada SPRM di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 2 Nov 2022.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa rayuan terhadap hukuman, peguam Wan Shahrizal Wan Ladin yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman denda minimum kerana anak guamnya menanggung keluarga.
"Anak guam saya (Zainudin) yang kini bekerja sebagai penjaga sebuah stesen minyak berpendapatan RM2,500 sebulan menanggung dua anak dan ibu yang sedang sakit. Pengakuannya hari ini telah menjimatkan masa semua pihak.
"Tertuduh (Ahmad Hisham) yang merupakan pengarah sebuah syarikat memohon denda rendah kerana sebahagian wang syarikatnya telah dilucut hak kepada SPRM selain menanggung tiga anak serta ibu yang sakit," kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Farah Yasmin Salleh memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat umumnya agar memberi keterangan yang telus kepada SPRM dan mahkamah.
"Saya mohon mahkamah mengambil kira tentang kesan dan akibat kesalahan dilakukan tertuduh yang mana perjalanan perbicaraan kes di Mahkamah Sesyen Jenayah 8 terkesan disebabkan masa dan kos pihak-pihak," kata Muhammad Asraf.
Pada 12 Jan lalu, Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan Mohd Azhar, 53, daripada tujuh pertuduhan menerima dan meminta rasuah berjumlah RM6.48 juta daripada syarikat kontraktor bagi membantu mendapatkan projek di sebuah kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024

Zainudin didakwa atas tiga pertuduhan memberikan keterangan tidak selaras pada perbicaraan kes rasuah dihadapi Mohd Azhar Che Mat Dali. - Foto Bernama

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Dua saksi didenda RM15,000 kerana beri keterangan bercanggah
Dua saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Mohamad Sabu masing-masing didenda RM15,000.