KUALA LUMPUR: Dua saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Mohamad Sabu, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberikan keterangan bercanggah semasa disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ketika perbicaraan kes itu.
Ahmad Hisham Mohd Tajuddin, 54, dan Zainudin Abdul Majid, 53, yang merupakan adik-beradik, mengaku tidak bersalah, selepas kesemua pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Ahmad Hisham yang merupakan bekas pengarah sebuah syarikat, didakwa atas empat pertuduhan memberikan keterangan tidak selaras pada perbicaraan kes rasuah dihadapi Mohd Azhar Che Mat Dali, dengan pernyataan yang diberikan kepada Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shamsudin Md Noh.
Tertuduh memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 8, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 9 Mei dan 9 Jun 2023, manakala keterangan kepada SPRM di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 2 Nov 2022.
Zainudin pula didakwa atas lima pertuduhan sama ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan serupa pada 21 Mac dan 7 April 2023, yang tidak selaras dengan pernyataan kepada Shamsudin pada 4 Nov 2022.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Farah Yasmin Salleh, menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan bagi kedua-dua tertuduh, serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali ke pejabat SPRM berhampiran sehingga kes selesai.
Peguam Wan Shahrizal Wan Ladin yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jaminan rendah atas alasan anak guam kini tidak bekerja dan menjaga ibu mereka yang lumpuh, selain kesalahan yang dilakukan tidak mendatangkan kemudaratan kepada pihak ketiga.
Mahkamah membenarkan Zainudin dan Ahmad Hisham masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat-syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan serta menetapkan 26 Feb untuk sebutan semula kes.
Pada 12 Jan, Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan Mohd Azhar, 53, daripada tujuh pertuduhan menerima dan meminta rasuah berjumlah RM6.48 juta daripada syarikat kontraktor bagi membantu mendapatkan projek di sebuah kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024

Ahmad Hisham Mohd Tajuddin, 54, dan Zainudin Abdul Majid, 53, yang merupakan adik-beradik, mengaku tidak bersalah, selepas kesemua pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.- Foto Bernama

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Dua saksi kes bekas seorang setiausaha politik didakwa beri keterangan bercanggah
Dua saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Mohamad Sabu, didakwa atas pertuduhan memberikan keterangan bercanggah.