KUALA LUMPUR: Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim, hari ini.
Mereka ialah Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar yang mengangkat sumpah memegang jawatan itu bagi tempoh satu penggal pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara di sini.
Pelantikan mereka berkuat kuasa mulai 20 Dis 2021 hingga 19 Dis 2024 setelah dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi mengisi kekosongan kerusi Ahli Dewan Negara yang tamat tempoh perkhidmatan pada 12 Ogos 2021.
Iskandar Dzulkarnain, 45, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan, sumber manusia dan pemasaran dari Universiti di Perth, Australia serta kini memegang jawatan sebagai Pengarah dan Pengerusi Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation).
Shamsuddin, 72, yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) selama 18 tahun, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perak selama lima tahun.
Sementara itu, Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan kedua-dua Ahli Dewan Negara itu sambil mengingatkan mereka supaya menggalas tanggungjawab sebaik mungkin serta menunaikan segala sumpah dilafazkan dengan penuh amanah kerana Dewan Negara sedang melalui fasa transformasi.
"Pelantikan Yang Berhormat berdua (Iskandar Dzulkarnain dan Shamsuddin) berdasarkan peruntukan Perkara 45 1(a) Perlembagaan Persekutuan yang dipilih mewakili negeri-negeri sepertimana Jadual Ketujuh Perlembagaan Persekutuan.
"Yang Berhormat seharusnya dapat menggunakan pentas ini seluas mungkin untuk membawa suara negeri Yang Berhormat wakilkan di Dewan yang mulia ini agar peranan Yang Berhormat sebagai wakil negeri dalam memperjuangkan suara rakyat menjadi tersohor serta dihormati," kata Rais sambil mengingatkan senator agar berdebat secara sihat di dalam Dewan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
![Dua Senator Perak angkat sumpah hari ini Dua Senator Perak angkat sumpah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642655009_sumpah.jpg)
Pelantikan mereka berkuat kuasa mulai 20 Dis 2021 hingga 19 Dis 2024 setelah dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. - Foto BERNAMA
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/81510921285_HunSen.jpg)
Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan
Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin Sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
![Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739268563_PaperStraw.jpg)
Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737882414_TBhajijiNoor.jpg)
Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.
Filipina mulakan kempen pilihan raya
Tempoh kempen 90 hari bagi pilihan raya pertengahan penggal Filipina bermula hari ini dalam suasana politik yang semakin tegang.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
China dan Thailand perdalam kepercayaan, perluas kerjasama
Dalam pertemuan tersebut, Xi Jinping juga menyentuh mengenai projek seperti kereta api berkelajuan tinggi yang dijadualkan menghubungkan Bangkok dengan Kunming di barat daya China.
![Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597302921_Mempelamharumanis.jpg)
Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP
Melalui penanaman lebih sistematik, Harumanis boleh dihasilkan lebih awal dengan kualitinya setanding dengan musim biasa.
Azalina, Rith bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja pada Isnin.
![Kabinet baharu Belgium angkat sumpah Kabinet baharu Belgium angkat sumpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738621301_TBBartDeWever.jpg)
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
![Pemimpin Arab ucap tahniah kepada Trump atas pelantikan sebagai Presiden AS Pemimpin Arab ucap tahniah kepada Trump atas pelantikan sebagai Presiden AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737457524_tbPresidentDonaldT.jpg)
Pemimpin Arab ucap tahniah kepada Trump atas pelantikan sebagai Presiden AS
Pemimpin dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Bahrain, Oman, Mesir, Jordan, dan Palestin, antara lain, menghantar mesej tahniah.
![Pemimpin Asia ucap tahniah kepada Trump atas kepulangannya ke White House Pemimpin Asia ucap tahniah kepada Trump atas kepulangannya ke White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737414353_DonaldTrump.jpg)
Pemimpin Asia ucap tahniah kepada Trump atas kepulangannya ke White House
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dalam mesejnya berjanji untuk bekerjasama dengan Trump dalam menghadapi "peluang dan cabaran yang mendatang."
![Trump isytihar darurat di sempadan, perkenal dasar jantina baharu dalam ucapan sulung Trump isytihar darurat di sempadan, perkenal dasar jantina baharu dalam ucapan sulung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737409231_DonaldTrump.jpg)
Trump isytihar darurat di sempadan, perkenal dasar jantina baharu dalam ucapan sulung
Kartel dadah akan disenaraikan sebagai Organisasi Pengganas Asing dan dasar rasmi Kerajaan AS iktiraf hanya jantina lelaki dan perempuan.
![Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47 Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737408980_DonaldTrump.jpg)
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump angkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden menandakan perubahan besar dalam pentadbiran Amerika Syarikat.
![Menteri Luar Jepun wakili Tokyo ke upacara angkat sumpah Presiden AS Menteri Luar Jepun wakili Tokyo ke upacara angkat sumpah Presiden AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736655894_AntonyBlinkenTake.jpg)
Menteri Luar Jepun wakili Tokyo ke upacara angkat sumpah Presiden AS
Lawatan itu menekankan usaha Jepun untuk mengukuhkan hubungan dengan sekutu utamanya di bawah pentadbiran baharu.
![Nicolas Maduro angkat sumpah Presiden Venezuela untuk penggal ketiga Nicolas Maduro angkat sumpah Presiden Venezuela untuk penggal ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736543582_NicolasMaduro.jpg)
Nicolas Maduro angkat sumpah Presiden Venezuela untuk penggal ketiga
Di sebalik pelbagai kontroversi termasuk dituduh melakukan rampasan kuasa, Maduro akhirnya kembali memimpin Venezuela.
![Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736402218_tbAhliDewanNegara.jpg)
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
![Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Januari Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735465052_tbNicolasMaduro.jpg)
Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Januari
Seruan itu hadir di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Venezuela.
![Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732154907_MohdAzmawiFikriAb.jpg)
Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri
Mohd Azmawi Fikri berikrar menjalankan kewajipan sebagai ADUN dengan sedaya upaya serta memelihara, menjaga dan mempertahankan perlembagaan negeri.