ISKANDAR PUTERI: Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata menerusi Belanjawan Johor 2024 sebanyak RM67.6 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan dan menaik taraf infrastruktur pelancongan.
"Terdapat sepuluh projek pembangunan infrastruktur pelancongan yang akan siap tahun ini. Antaranya adalah naik taraf kemudahan dan pembinaan baharu bumbung kanopi di kompleks pelawat Air Terjun Gunung Ledang, menaik taraf laman tiba Taman Negara Johor, Tanjung Piai dekat Pontian, kemudahan infrastruktur penginapan dan kompleks pelawat di Taman Negara Johor Endau-Rompin Peta.
"Selain menaik taraf kemudahan sistem pembentungan di kawasan penginapan dan kawasan pembinaan trail head di Taman Negara Johor Gunung Ledang, penanda arah baharu di setiap Taman Negara Johor, kemudahan sedia ada di Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Segamat dan Gunung Belumut, Kluang.
"Turut dinaik taraf pembinaan trek basikal gunung atau mountain bike di Hutan Simpan Gunung Pulai, Kulai untuk penganjuran sukan bertaraf antarabangsa, Zoo Johor, bangunan Muzium Tokoh Johor dan kemudahan asas dan infrastruktur Pantai Air Papan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Anuar Abd. Manap (BN-Pemasni), Azizul Bachok (BN-Tiram), Datuk Mohamad Najib Samuri (BN-Parit Yaani), Datuk Pandak Ahmad (BN-Kota Iskandar) Amira Aisya Abd. Aziz (MUDA-Puteri Wangsa), Liow Cai Tung (PH-Johor Jaya), Ng Yak Howe (PH-Bentayan).
Onn Hafiz (BN-Tanjung Machap) berkata pada 2025, terdapat empat projek akan siap dinaik taraf membabitkan Dataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi, Pantai Teluk Mahkota dan pembangunan River Cruise di Kota Tinggi, Kampung Sungai Melayu dan Tapak Perkhemahan,Taman Permainan Dan Kolam Mandi di Hutan Bandar MBJB dan pembinaan Perkampungan Seramik di Pasir Gudang.
Beliau berkata promosi yang akan dilakukan secara agresif tahun hadapan menggariskan enam inisiatif pemasaran dan promosi antaranya memperhebat kempen promosi serta pengiklangan di dalam dan luar negara selain penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa di Johor.
Selain itu, katanya penyertaan dalam siri promosi pelancongan turut dipertingkatkan sama ada di dalam atau luar negara, melaksanakan bantuan insentif kepada pemain industri pelancongan negeri, memberi penekanan kepada segmen pelancongan fokus dan penganjuran Program Familiarization (FAM Trip) yang lebih berfokuskan pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
![Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026 Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715754752_TBOnnHafiz.jpg)
Onn Hafiz berkata menerusi Belanjawan Johor 2024 sebanyak RM67.6 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan dan menaik taraf infrastruktur pelancongan.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026 Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717051622_tbSambutanHariKeju.jpg)
Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026
Kerajaan Negeri Johor sedang giat menjalankan usaha mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
![Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026 Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715754752_TBOnnHafiz.jpg)
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
![Tahun Melawat Johor: Swasta, NGO dialukan anjur program pelancongan Tahun Melawat Johor: Swasta, NGO dialukan anjur program pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81516274173_muar.jpg)
Tahun Melawat Johor: Swasta, NGO dialukan anjur program pelancongan
Pihak swasta dan NGO dialu-alukan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Johor bagi menganjurkan program pelancongan.