Polis telah menahan dua suspek yang dikaitkan dengan kes serangan terhadap Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S. K. Devamany di ibu pejabat parti itu Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata kedua-dua suspek itu yang berusia 28 dan 29 tahun ditahan di Jalan Ampang pada pagi Khamis.
"Kesemua mereka kini direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut dan kita akan melakukan kawad cam esok," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Katanya polis tidak menolak kemungkinan punca Devamany ditumbuk adalah daripada perbalahan dan kekalahan dalam pilihan calon.
Beliau berkata polis sentiasa menyiasat kes itu dengan telus dan siasatan terhadap suspek akan diteruskan bagi mengenalpasti punca mereka menyerang mangsa.
Semalam, Presiden MIC Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menggesa Polis Diraja Malaysia supaya segera menyiasat dalang di sebalik serangan terhadap timbalannya itu.
Bernama
Fri Dec 25 2015

Polis tidak menolak kemungkinan punca Devamany (gambar) ditumbuk adalah daripada perbalahan dan kekalahan dalam pilihan calon. - Gambar Fail
Kabinet Arab Saudi sokong resolusi pembinaan semula Gaza
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan bahawa dalam mesyuarat Kabinet di Riyadh pada Selasa, Kabinet menegaskan penolakan sidang kemuncak itu terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin serta gesaannya untuk menamatkan krisis kemanusiaan akibat konflik yang berterusan.
Serangan dron Rusia membunuh seorang individu
Rakaman video yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan tempatan menunjukkan pasukan bomba sedang memadamkan api di kawasan perumahan.
AS bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Malah, White House mendakwa cadangan semasa pembinaan Gaza, tidak mengambil kira realiti bahawa wilayah tersebut kini tidak boleh didiami.

Wanita Jepun berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut wanita tertua di dunia
Seorang wanita berusia 108 tahun dari timur Jepun secara rasmi diiktiraf pada Rabu oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia.
Queensland siap sedia hadapi taufan pertama dalam tempoh 51 tahun
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata kerajaan sedang menyediakan 250,000 beg pasir kepada kerajaan Queensland, selain 80,000 yang telah dihantar oleh tentera.
Colek sajian moreh di Masjid Raudah Sakinah
Penyediaan moreh bukannya suatu kemestian sebaliknya amalan itu bertujuan memupuk semangat maufakat selain membuat amal kebajikan sesama umat Islam.
Pelajar cemerlang B40 terima biasiswa perubatan
Seorang pelajar cemerlang kumpulan berpendapatan rendah terharu selepas menerima biasiswa penuh daripada Universiti Perdana.
PRK Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh berhubung kematian individu terbabit masih dikendalikan oleh pihak berkuasa, ketika ini.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Saya hanya dedahkan perkara sebenar dalam 1MDB - Che Lodin
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu tujuan beliau memberi keterangan kerana mahu dedah perkara sebenar berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
Amzar tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka di prosiding Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu.

MIC yakin rampas kembali Parlimen Telok Kemang - Devamany
MIC yakin dapat merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Kemang yang kini dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti, kata Timbalan Presiden MIC.

Program solar beri pendapatan tambahan kepada komuniti - Devamany
Selain itu, ia memastikan organisasi bukan komersial terutamanya berpeluang membangunkan projek berasaskan solar.

Menteri Wilayah Persekutuan perlu 'cuci otak'- Teresa Kok
Teresa Kok menggesa Menteri Wilayah Persekutuan berfikir untuk merancang Bandaraya Kuala Lumpur dengan lebih teratur lagi.

'Mastura bakal jadi 'wanita besi' seperti Rafidah' - Devamany
Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid dilihat bakal menjadi seorang wanita besi seperti Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Dua suspek ditahan berkaitan kes serangan Timbalan Presiden MIC - Polis
Polis telah menahan dua suspek yang dikaitkan dengan kes serangan terhadap Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S. K. Devamany di ibu pejabat parti itu.

Tiada puak dalam MIC - Saravanan
MIC tidak akan mengamalkan sistem berpuak-puak pada pemilihan parti itu yang akan diadakan pada 6 November ini.