TAPAH: Ketenangan jiwa seorang ayah bagai direntap ketika jenazah anaknya, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar tiba di kediaman mereka di Kampung Poh, Bidor, dekat sini, pada Sabtu.
Azhar Khaiden, 54, berkata, ia berbeza apabila dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
“Apabila saat hilang daripada pandangan (selepas dikebumikan), jadi kesedihan itu mula terasa. Orang di luar lihat saya kuat, tetapi dalam diri saya menangis tengah malam.
“Maklum sahajalah 20 tahun pertama dengan saya (berada di Bidor), dua tahun di Ulu Tiram, baliknya pula dia dengan jasad terbujur kaku.
“Sedangkan kita jika bela anak kucing sekali pun, anak kucing mati pun kita sedih, inikan pula anak sendiri,” katanya sebaik selesai pengkebumian anaknya, Allahyarham Ahmad Azza Fahmi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh.
Ahmad Azza Fahmi, 22, adalah seorang daripada dua anggota polis yang terbunuh dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada jam 7.20 malam mengikut istiadat pengebumian Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Azhar, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Sungai Klah, Sungkai berkata, sepanjang perjalanan dari Johor Bahru ke Perak, sangat meruntun jiwa apabila tidak mampu menahan tangisan apabila memandang keranda anaknya.
“Tadi, apabila saya imamkan solat jenazah, hati saya tidak boleh tahan sebab tersentuh. Saya sepatutnya bacakan tahlil, tetapi hati tidak cukup kuat jadi saya serahkan kepada imam. Jadi itulah yang saya alami, takdir yang berlaku pada saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, ayah kepada lapan anak itu berkata, dia telah menyuarakan hasrat agar abang Allahyarham, Ahmad Azza Fitri, 24, yang bertugas di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah dapat dipindahkan ke Perak.
Menurutnya, hasrat itu disampaikan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika berada di Johor Bharu.
“Anak lelaki kami hanya ada dua orang, seorang sudah pergi, dan seorang lagi pula jauh. Jadi saya berharap agar Ahmad Azza Fitri boleh dipindahkan dekat dengan ibunya (di Perak) untuk pulihkan semangatnya,” tambahnya.
Selain itu, katanya, seorang lagi anak perempuan mereka, Nur Azza Assyaadah, 19, akan menjalani temu duga polis di Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta pada Isnin ini.
Beliau berharap Nur Azza akan diterima masuk dalam pasukan beruniform itu sebagai galang ganti arwah abangnya.
Abd Razak Mohd Ali
Sat May 18 2024
![Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716038246_JenazahKonstabel.jpg)
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada jam 7.20 malam mengikut istiadat pengebumian Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Foto fail/Sinar Harian
Agensi kerajaan tidak boleh tubuh anak syarikat baharu - PM
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan tidak boleh lagi menubuhkan anak syarikat di bawahnya tanpa kelulusan pihak tertinggi.
PM mahu IPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
[TERKINI] Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke kabinet - PM
Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.
![OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739331837_OKUmental.jpg)
OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.
![Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666178262_pelbagaikaum.jpg)
Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.
![Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739333560_muhammadaisyalree.jpg)
Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi ini.
![[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah [EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739330144_MazuinHamzah.jpg)
[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah
Buat kali pertama selepas lebih 30 tahun menyepi dari publisiti media, Mazuin beri peluang kepada Astro AWANI mewawancara beliau.
AWANI Ringkas 12 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Februari 2025
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
![Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738997935_PolisLogoPolisP.jpg)
Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.
![Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738213206_JordanHospital.jpg)
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
![Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716189459_suspekserangbalai.jpg)
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
![Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716186337_suspekserangbalai.jpg)
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
![Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714819963_RazarudinHusain.jpg)
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
![Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716038246_JenazahKonstabel.jpg)
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram di Johor, selamat dikebumikan pada 6.43 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor.
![Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715950995_TBBALAIPOLISULUTIRAM.jpg)
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
![Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715964485_AbangmangsaKonsta.jpg)
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
![Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715925157_BalaiPolisUluTira.jpg)
Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
![Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715396271_tbRazarudinHusain.jpg)
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
![Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga mangsa Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710313378_KerajaanPahang.jpg)
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga mangsa
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk membantu keluarga Allahyarham.
![Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715956676_AzharKhaiden.jpg)
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.