IPOH: Dua Sistem Amaran Awal Kepala Air (EWS) automatik telah siap dipasang di dua Taman Eko-Rimba di Perak iaitu di Taman Eko-Rimba Kledang Saiong di sini, dan Taman Eko-Rimba Lata Iskandar, Tapah.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pemasangan EWS masing-masing di dua kawasan berkenaan dilaksanakan dengan peruntukan RM800,000 oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) pada tahun lalu.
Katanya ia juga bertujuan untuk menjadikan Taman Eko-Rimba di negeri ini sebagai destinasi ekopelancongan hutan yang selamat, selesa dan kondusif kepada para pelancong.
“Jadi dengan adanya sistem amaran awal ini, siren yang dibunyikan sekurang-kurangnya akan ingatkan pengunjung bahawa ada amaran bahaya (iaitu risiko kepala air akan berlaku dalam masa terdekat).
“Oleh itu, kepada pengunjung yang mendengar bunyi siren berserta amaran suara daripada sistem EWS ini, segeralah meninggalkan kawasan air terjun sebab kita tak tahu berapa kelajuan air itu akan turun.
“Ada setengah kawasan lata seperti di Lata Iskandar itu cerunnya lebih curam jika hendak dibandingkan dengan di Taman Eko-Rimba Kledang Saiong.
“Justeru kita berharap sistem ini dapat membantu meyakinkan orang ramai untuk berkunjung di kawasan-kawasan rekreasi seperti itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian EWS Dan Kick-off Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 juta pokok 2023 di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, di sini pada Isnin.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, barisan Exco, serta Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop.
Selain itu Saarani berkata Jabatan Perhutanan Negeri akan membuat penilaian kos sebelum membuat permohonan kepada NRECC bagi menaik taraf EWS di lima Taman Eko-Rimba lain daripada sistem manual kepada automatik.
“Terdapat 13 Taman Eko-Rimba di seluruh Perak namun tujuh daripadanya dikenal pasti sebagai kawasan yang sering dikunjungi ramai selain kerap berlaku fenomena kepala air,” katanya lagi.
Sebelum itu ketika berucap pada majlis itu, Mohamed Zin berkata EWS di Taman Eko-Rimba Kledang Saiong dan Taman Eko-Rimba Lata Iskandar yang berfungsi secara automatik mampu mengesan fenomena kepala air dalam tempoh awal 5 ke 10 minit.
Katanya ‘sensor’ pada stesen kawasan yang diletakkan di hulu dan hilir sungai itu akan mengesan perubahan paras air sungai serta mengukur kadar taburan hujan semasa.
Tambahnya, sekiranya paras air sungai berada pada paras waspada atau bahaya, siren amaran akan berbunyi diikuti dengan pengumuman amaran secara automatik.
“Pengunjung juga boleh mengakses sistem ini dengan memuat turun aplikasi sistem EWS Jabatan Perhutanan Negeri bagi menilai keadaan semasa dan tahap keselasaman di sesuatu Taman Eko-Rimba,” jelasnya.
Difahamkan apabila amaran ‘waspada’ pertama dikeluarkan, pihak pentadbir Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia akan menerima notifikasi awal dalam bentuk ‘Telegram Bot’, bagi mengetahui keadaan semasa amaran yang dikeluarkan.
Amirrul Rabbani
Mon Feb 27 2023
Saarani sewaktu merasmikan Majlis Perasmian EWS Dan Kick-off Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 juta pokok 2023 di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, di Ipoh pada Isnin. - Foto Astro AWANI
Pusingan kerja kaunter mampu elak isu integriti - Saifuddin
Pelaksanaan pusingan kerja penjawat awam yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan melebihi lima tahun mampu menangani masalah integriti.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau mengalu-alukan hasrat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mahu memperbaiki kualiti sistem penyampaian.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau mengalu-alukan hasrat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mahu memperbaiki kualiti sistem penyampaian.
Penjawat awam ‘kantoi’ buat tuntutan palsu saudara baharu
Seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah agensi agama di Perlis, ditahan SPRM Perlis bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM132,000.
Kementerian Komunikasi perkenal 'ChatBox' untuk semak kesahihan sebaran
Aplikasi 'ChatBox' dalam WhatsApp akan bantu pengguna menyemak kesahihan teks, video, dan muat turun dengan pantas.
Pelancaran dijangka dalam masa terdekat.
Pelancaran dijangka dalam masa terdekat.
Perkongsian perisikan untuk keamanan, keselamatan ASEAN penting - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri menekankan mengenai kepentingan perkongsian perisikan silang antara rakan serantau bagi mewujudkan zon penampan selamat di rantau ASEAN.
32 individu cedera dalam kejadian letupan kilang kimia di Klang
Individu yang tercedera berusia di antara 20 dan 40 tahun, dan berada di sekitar lokasi terbabit semasa letupan berlaku.
Dua rentung rumah terbakar
Seorang lelaki warga emas bersama anak angkatnya ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Tongkang Yard,Alor Setar.
[TERKINI] Tiada lagi tol percuma musim perayaan
Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini, termasuk Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Dua Taman Eko-Rimba di Perak dilengkapi EWS, peruntukan RM800,000
Dua Sistem Amaran Awal Kepala Air (EWS) automatik telah siap dipasang di dua Taman Eko-Rimba di Perak iaitu di Taman Eko-Rimba Kledang Saiong di Ipoh, dan Taman Eko-Rimba Lata Iskandar, Tapah.