SEKURANG-kurangnya dua orang dilaporkan terbunuh dan beberapa lagi cedera serta terperangkap di dalam rumah ketika ribut petir serta taufan melanda beberapa kawasan di tengah Amerika Syarikat pada lewat Rabu.
Wilayah McClain, Oklahoma, menjadi salah satu kawasan yang teruk terjejas akibat bencana tersebut.
Pengurusan kecemasan wilayah McClain telah mengeluarkan kenyataan di Facebook, mengesahkan kematian dua mangsa serta meminta penduduk supaya tidak memasuki kawasan yang terjejas.
Sementara itu, hampir 20,000 penduduk di Oklahoma masih mengalami kekurangan bekalan elektrik akibat ribut petir dan taufan itu.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) sebelum ini mengeluarkan amaran ribut petir dan taufan pada Rabu malam di beberapa bahagian tengah Amerika Syarikat termasuk Oklahoma, Kansas dan Iowa.
Keadaan cuaca ini berlaku beberapa minggu selepas taufan melanda tenggara Missouri, meragut nyawa lima individu, serta bencana ribut petir pada bulan lepas yang menghancurkan bandar Rolling Fork, Mississippi.
Astro Awani
Fri Apr 21 2023

Rumah kediaman dan premis perniagaan mengalami kemusnahan akibat cuaca buruk di Cole, Oklahoma, 20 April 2023. (Foto AP)

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.

Ribut petir landa beberapa negeri hingga 9 malam ini - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 9 malam ini.

Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1 tengah hari
Negeri-negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Ribut petir, hujan lebat diramal landa hampir seluruh negara hingga 6 petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Perlis, Melaka dan Labuan hingga 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.

Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.

Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.

Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan Labuan hingga tengah hari ini
Antara kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan Rompin, Segamat dan Mersing.

10 negeri dijangka ribut petir, hujan lebat sehingga 1 pagi - MetMalaysia
Negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, P. Pinang, Perak, Pahang, N. Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah serta WP Labuan.

Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.

Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.