NICE:Dua individu dilaporkan maut dalam satu kejadian serangan di sebuah gereja di bandaraya Nice, Perancis pada Khamis.
Menurut pihak polis negara itu, kejadian tersebut berlaku ketika seorang individu yang bersenjatakan pisau meluru ke gereja tersebut sebelum bertindak menyerang orang awam yang berada di situ.
Polis mengesahkan, setakat ini dua orang awam maut dalam serangan terbabit, sementara beberapa lagi individu mengalami kecederaan.
Suspek yang tidak didedahkan identitinya bagaimanapun berjaya ditangkap sejurus kejadian tersebut dan kini berada di hospital untuk menerima rawatan selepas mengalami kecederaan ketika proses penangkapan.
Pihak berkuasa Perancis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes keganasan.
Polis juga menesyaki kejadian itu bermungkinan ada hubung kait dengan kemarahan yang timbul susulan isu penghinaan karikatur yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo.
Setakat ini polis mengesahkan suspek berkenaan bertindak melakukan serangan itu secara berseorangan.
Bagaimanapun siasatan terperinci berkenaan motif sebenarnya masih lagi dalam siasatan.
Agensi
Thu Oct 29 2020

Polis mengesahkan, setakat ini dua orang awam maut dalam serangan terbabit, sementara beberapa lagi individu mengalami kecederaan. - Foto REUTERS
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kerajaan disaran kaji semula kontrak bekalan alat ketenteraan dari Perancis
Akhramsyah berpendapat tindakan itu dikhuatiri akan membahayakan negara jika rakan kongsi negara berkenaan terus mengamalkan sikap anti Islam.

Pendirian Macron sukarkan proses perdamaian kaum, Islamofobia - Penganalisis
Pendekatan Presiden, Emmanuel Macron yang dilihat menekankan nilai permusuhan dan Islamofobia, menyukarkan lagi jalan perdamaian.

Presiden Perancis Emmanuel Macron tidak bertamadun - Tun M
Dr Mahathir menegaskan, Perancis harus mendidik rakyatnya agar menghormati perasaan orang lain.

Dua terbunuh dalam serangan di sebuah gereja di Nice, Perancis
Dua individu dilaporkan maut dalam satu kejadian serangan di sebuah gereja di bandaraya Nice, Perancis pada Khamis.

Karikatur nabi: Jangan ambil tindakan luar batasan agama, undang-undang - Jakim
Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata ini kerana tindakan itu dibimbangi boleh mencetuskan suasana tidak harmoni antara penganut berbilang agama di negara ini.

Macron tidak hormat kebebasan beragama, bersifat perkauman - NGO
Menerusi satu kenyataan bersama, mereka menegaskan rakyat Malaysia perlu untuk bangkit bersama menunjukkan bantahan mengikut ruang lingkup undang-undang.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya ucapan benci dan fitnah Islam
Malaysia menjunjung hak kebebasan bersuara serta hak asasi manusia selagi mana ia digunakan secara bertanggungjawab dan penuh hormat, sekali gus tidak menafikan serta melanggar hak pihak lain.

Hina Islam: Pas seru umat Islam boikot barangan buatan Perancis
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam memboikot barangan buatan Perancis bagi menunjukkan solidariti terhadap Islam dan kemajmukan beragama dalam masyarakat.

Isu karikatur Nabi Muhammad: Dr Zulkifli titip surat kepada duta Perancis
Dr Zulkifli menulis surat khusus berhubung isu karikatur Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo kepada Duta Perancis di Malaysia.

Isu karikatur Nabi Muhammad: Umat Islam serata dunia protes
Protes itu juga sebagai respons kepada tindakan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang mempertahankan seorang guru yang mati dibunuh kerana membawa kartun itu ke dalam kelasnya.