Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mengesahkan kebocoran ammonia berlaku di loji Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd (PCFSSB) di Sipitang, Sabah pada 9.30 pagi Selasa.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Pertonas Chemicals berkata Pasukan Respons Kecemasan syarikat itu segera dikerah ke tempat kejadian dan keadaan berjaya dikawal.
Katanya, lima pekerja kontrak PCFSSB terjejas dalam kejadian itu.
"Syarikat ini dengan dukacita memaklumkan bahawa dua kematian dilaporkan. Tiga petugas lain diberi rawatan perubatan sewajarnya," kata kenyataan itu.
Menurutnya, PCFSSB telah menghulurkan semua bantuan yang diperlukan kepada mereka yang terjejas dan anggota keluarga masing-masing.
"Kejadian itu tidak memberi ancaman segera terhadap masyarakat sekeliling atau alam sekitar dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebocoran," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Sipitang DSP Awang Arshad Awang Bakar yang dihubungi melalui aplikasi WhatsApp berkata mereka yang meninggal dunia terdiri daripada seorang rakyat tempatan dan seorang warga asing.
Astro Awani
Tue Aug 16 2016

Insiden berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi. - Gambar hiasan
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Gas ammonia kilang ais bocor di Simpang Pulai
Didapati paip saluran gas ammonia mengalami kebocoran dan bau gas tersebut dapat dihidu dari jarak 100 hingga 300 kaki.

Kereta api bawa ammonia tergelincir, 51 alami keracunan
Polis memberi amaran kepada penduduk supaya tidak meninggalkan rumah mereka.

Gas ammonia kilang proses ayam bocor
Kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu disedari pekerja kilang yang melihat kebocoran pada salah satu saluran paip di kilang terbabit.

Kebocoran gas ammonia: 105 calon UPSR pindah pusat peperiksaan
Tiga sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Redan, SK Serkam Darat dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Serkam yang terletak berhampiran kawasan kilang.

Pencemaran ammonia sungai di Melaka: Kerajaan negeri tidak kompromi
Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang telah mengakibatkan kualiti air mentah di sungai berkenaan merosot dan lebih 18,000 pengguna terjejas.

Air sampah punca Sungai Benut tercemar
Punca lain keadaan itu berlaku apabila kolam air larutan resapan (leachate) di tapak pelupusan CEP1 Simpang Renggam telah pecah.

Enam pelajar di Shah Alam dikejarkan ke hospital terhidu gas ammonia bocor
Sekurang-kurangnya enam pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Klang, di Shah Alam dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit tekak dan sesak nafas.

Pekerja kontrak pembersihan maut dipercayai terhidu gas ammonia
Seorang pekerja pembersihan rakyat Indonesia maut dipercayai terhidu gas ammonia dan metana ketika melakukan kerja pembersihan di saluran tangki septik di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Letupan kilang kimia: Penduduk cemas, empat pekerja cedera
Penduduk berdepan detik mencemaskan apabila sebuah letupan kimia berlaku di berhampiran kawasan perindustrian Bukit Merah pada pagi Sabtu.

Dua terkorban akibat kebocoran gas ammonia di Sipitang
Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mengesahkan kebocoran ammonia berlaku di loji Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd (PCFSSB) di Sipitang, Sabah pada 9.30 pagi ini.