ISKANDAR PUTERI: Dua wad di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, yang ditutup sejak tiga tahun lalu, mula dibuka dan beroperasi semula pada Rabu.
Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, wad 9A dan 10A berkenaan ditutup ketika pandemik COVID-19, kerana kekurangan kakitangan kesihatan ketika itu.
Bagaimanapun tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah bilangan kakitangan khususnya jururawat membolehkan dua wad berkenaan dibuka semula.
"Wad 9A dan 10A yang masing-masing boleh menampung sehingga 54 katil dibuka semula dengan permulaan 20 katil ditempatkan di setiap wad terlebih dahulu.
"Bilangan katil yang diletakkan di wad berkenaan akan ditambah mengikut fasa kerana ada jururawat dan petugas yang baharu ditugaskan ke wad itu dan mereka perlu mengambil masa bagi latihan dan memahami sistem pengoperasian hospital terlebih dahulu," katanya.
Beliau ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Tian Soon memaklumkan kerajaan negeri sedang menunggu hasil perbincangan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Kementerian Pertahanan berhubung isu pemilikan satu tanah di kawasan Skudai yang dicadangkan untuk pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2).
Jelasnya, isu tapak bagi lokasi pembinaan HSA 2 berdepan kekangan sebelum ini, namun isu itu sudah dibawa ke pengetahuan Pejabat Perdana Menteri.
"Kita membawa isu HSA 2 itu kerana sekarang kita menghdapi kekangan dalam hal tapak untuk hospital baharu ini yang mana kita sudah minta KKM berbincang dengan pemilik tanah yang dikenal pasti iaitu Kementerian Pertahanan.
"Kita memohon supaya dapat sebahagian daripada tanah berkenaan dan mudah-mudahan kita akan mendapat satu keputusan perbincangan yang baik dan selepas mendapat kebenaran untuk kegunaan tapak, baharulah kita boleh ke langkah kedua untuk permohonan peruntukan bagi mulakan projek berkenaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 15 2023
Ling Tian Soon berkata, wad 9A dan 10A berkenaan ditutup ketika pandemik COVID-19, kerana kekurangan kakitangan kesihatan ketika itu. - Gambar Sinar Harian
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki di Puchong.
'Saya banyak peroleh ilmu daripada juri' - Siti Nordiana syukur dapat sertai GV
Siti Nordiana sangat menghargai GV kerana platform tersebut banyak membantu dalam menghidupkan semula karier seninya yang sebelum ini suram.
MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Dua wad HSI dibuka semula selepas tiga tahun ditutup
Dua wad di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, yang ditutup sejak tiga tahun lalu, mula dibuka dan beroperasi semula pada Rabu.