SEREMBAN: Dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban di sini pada Isnin atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki untuk menyertai pelaburan ujian COVID-19 sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian lebih RM300,000.
Tertuduh, Pang Mui Fong, 49, dan Chua Fui Lee, 43, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali, selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama telah didapati menipu seorang lelaki berusia 50 tahun dengan memperdayakan mangsa untuk menyertai pelaburan ujian COVID-19.
Tertuduh telah mendorong mangsa membuat 17 transaksi pembayaran berjumlah RM337,000 bagi urusan terbabit.
Kesalahan itu dilakukan dari 17 Disember 2021 hingga 20 April 2022 di Bandar Seremban, di sini.
Berikutan itu, tertuduh bersama-sama telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta denda.
Timbalan Pendakwa Raya, M Pusspa mencadangkan mahkamah supaya menetapkan wang jaminan RM25,000 bagi setiap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Kevin Mahendran yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah menetapkan wang jaminan yang tidak berlebihan dengan mengambil kira latar belakang mereka.
"Tertuduh pertama (Mui Fong) hanya bekerja sebagai kerani akaun dan menghadapi empat pertuduhan lain
"Manakala tertuduh kedua (Fui Lee) adalah pesakit barah (kerongkong dan hidung) tahap empat yang kini masih lagi menjalan rawatan," katanya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM6,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes 24 Ogos depan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 24 2023
Tertuduh, Pang Mui Fong, 49, dan Chua Fui Lee, 43, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali, selepas kertas pertuduhan dibacakan. - Gambar/ Sinar Harian
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Lelaki nekad buka pintu pesawat selepas bertengkar dengan kekasih
GARA-GARA bertengkar dengan teman wanita, seorang lelaki nekad membuka pintu pesawat yang bersedia untuk berlepas walau cuba dihalang penumpang yang lain.
Peniaga gerai mengaku hina Agong, didenda RM3,000
Seorang peniaga gerai makanan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong di aplikasi X, minggu lalu.
Penghantar makanan mengaku simpan video, gambar lucah
Seorang penghantar makanan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan pilihan memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbitnya, dua tahun lalu.
Remaja mengaku tidak bersalah tikam ibu saudara
Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa di atas pertuduhan mencederakan ibu saudaranya.
Presiden Yoon akan beri keterangan semasa perbicaraan - Peguam
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol merancang untuk memberi keterangan semasa perbicaraan kesnya di Mahkamah Perlembagaan.
Komunikasi jelik terhadap kerabat diraja: 'Saya minta ampun, janji tak buat lagi'
Seorang pemandu p-hailing yang membuat hantaran komunikasi jelik terhadap kerabat diraja didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Pembantu tadika didakwa 'scam' orang RM1.64 juta
Seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu pelaburan tidak wujud melibatkan jumlah kerugian kira-kira RM1.64 juta.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Peniaga kelapa mengaku tidak bersalah rogol anak saudara teman wanita
Seorang peniaga kelapa mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang juga anak saudara teman wanitanya.
Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.