LUMUT: Dua wanita warga Indonesia maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki bersama tujuh yang lain terbabas ke dalam parit dalam kejadian di Kilometer 9, Jalan Kampung Koh-Ayer Tawar di sini pada Isnin.
Dalam nahas sekitar jam 7 malam itu, wanita berusia 28 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Seri Manjung.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, kesemua mangsa warga Indonesia didapati berhimpit dalam kenderaan jenis Toyota Harrier.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati, kenderaan itu bergerak dari dari arah Simpang Tiga ke Simpang Lima, Pekan Gurney, Sitiawan di sini.
"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba tayar pecah menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan lalu terbabas melanggar batu dan terbalik ke dalam parit.
"Pemandu seorang lelaki dianggarkan berusia 30 tahun dan empat penumpang wanita lingkungan 20-an dan tiga kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun mengalami kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Mohamed Nordin berkata, kesemua mangsa yang parah dibawa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.
"Seorang wanita yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk dibedah siasat. Mangsa kedua meninggal ketika menerima rawatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Tambah beliau, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti identiti kesemua mangsa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Siti Nur Athira Ramlan di talian 018-9702345 bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 11 2023

Kesemua mangsa didapati berhimpit dalam kenderaan jenis Toyota Harrier yang terbabas. - Gambar/ Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua wanita Indonesia maut SUV terbabas dalam parit
Dua wanita warga Indonesia maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki bersama tujuh yang lain terbabas ke dalam parit.