Dua wanita dari Kampung Segong, Bau, Sarawak kesal tidak sudah apabila bakal berhadapan hukuman gantung sampai mati selepas ditangkap memiliki dadah bernilai RM10,000.
Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Sabri Zainol berkata, kedua-dua mereka ditahan dalam serbuan sekitar jam 10 malam Rabu di kampung terbabit.
Turut dirampas daripada suspek yang masing-masing berumur 20 dan 47 tahun ini ialah dadah jenis syabu seberat 50.81 gram yang telah dipaketkan.
"Jadi anggaran keseluruhan itu adalah 50.81 gram ini anggaran berat kasar. Semua suspek ditangkap dan merampas semua barang kes untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 39B akta dadah berbahaya 1952," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Jumaat.
Sabri berkata, pihaknya percaya dadah itu adalah untuk pasaran daerah Bau dan ini merupakan kes rampasan dadah terbesar selain pertama bagi daerah tersebut tahun ini.
Beliau berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga anak kepada suspek wanita berusia 47 tahun itu untuk membantu siasatan.
Polis turut menyita lapan barang milik suspek yang bernilai RM108,050 termasuk dua buah kereta jenis Toyota dan barang kemas.
Kes disiasat di bawah seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.
Rohana Wahed
Fri Aug 10 2018

Polis turut menyita lapan barang milik suspek yang bernilai RM108,050 termasuk dua buah kereta jenis Toyota dan barang kemas.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Dua maut dalam kemalangan empat kenderaan di Bau
Pasukan Bomba dan Penyelamat Sarawak telah bertindak mengeluarkan kesemua mangsa, sebelum dua daripadanya disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Lundu, yang hadir kemudian.

PRN Sarawak: 'Perang Saudara' di DUN Opar
'Perang saudara' bakal meletus di DUN Opar apabila penyandangnya Datuk Ranum Mina daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) berentap dengan anak saudaranya sendiri.

Sembilan kluster baharu libatkan komuniti dan tempat kerja direkodkan di Sarawak
Sembilan kluster baharu melibatkan kluster komuniti dan tempat kerja diisytihar di Sarawak hari ini yang mana empat daripadanya dikesan di daerah Serian.

COVID-19: Kluster baharu libatkan pekerja pasar raya dikesan di Sarawak
Satu kluster baharu, Kluster Jalan Jambusan 2 di Daerah Bau dekat sini dikesan di Sarawak hari ini setelah 11 orang pekerja di sebuah pasar raya di situ didapati positif COVID-19.

Mangsa runtuhan batu di Gunung Tabai selamat disemadikan
Mangsa runtuhan tanah dan batu ketika melombong emas di Gunung Tabai pada Selasa lalu, selamat dikebumikan sekitar pukul 12 tengah hari, hari ini.

Mayat mangsa tertimbus batu, tanah selamat dikeluarkan dari Gunung Tabai
Mayat mangsa, Martin Mat Tapa, 25 tahun yang tertimbus di gua Gunung Tabai Selasa lalu berjaya dikeluarkan pada 6.25 petang Jumaat.

Mayat mangsa Gunung Tabai mulai mereput - Bomba
Hari ketiga operasi mengeluarkan mangsa dihempap batu ketika melombong emas di Gunung Tabai, Bau mendapati badan mangsa sudah mulai reput.

Gunung Tabai ditutup, elak aktiviti lombong emas haram
Polis Sarawak akan menutup kawasan Gunung Tabai di Bau, kira-kira 40 kilometer dari sini, bagi mengekang aktiviti melombong emas secara haram di kawasan itu

"Badan hancur, jari dah putus dihempap batu dan tanah..."
Menurut bapa saudara mangsa, struktur tanah rapuh dan perkara itu menyukarkan operasi menyelamat mangsa.

Lelaki maut tertimbus tanah ketika melombong emas di Gunung Krian, Bau
Seorang lelaki ditemukan maut manakala dua lagi rakannya terselamat selepas tertimbus tanah ketika melombong emas di kawasan Gunung Krian, Bau.