SEREMBAN: Dua wanita warga Vietnam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) mengalami kecederaan di kepala, bahu dan kaki akibat terjatuh di jalan raya ketika cuba melarikan diri daripada diperiksa pegawai imigresen dalam serbuan semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) Kennith Tan Ai Kiang berkata insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
Beliau berkata kedua-dua wanita itu antara 32 pendatang tanpa izin berumur antara 20 hingga 46 tahun yang ditahan dalam operasi berkenaan.
"Kesemua yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita warga Indonesia, enam lelaki (Bangladesh), seorang wanita (China), tiga lelaki (India) dan 16 wanita (Vietnam).
"Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Semasa operasi juga, terdapat provokasi daripada pelanggan yang mabuk namun dapat diselesaikan tanpa sebarang insiden tidak diingini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tan berkata kesemua mereka dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut dan tiga borang saman saksi turut dikeluarkan kepada majikan atau penjaga premis untuk hadir ke JIMNS bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

Dua wanita warga Vietnam dipercayai bekerja sebagai GRO mengalami kecederaan di kepala, bahu dan kaki akibat terjatuh di jalan raya ketika cuba melarikan diri daripada diperiksa pegawai imigresen. - Foto Sinar Harian
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Banglo mewah jadi pusat hiburan, 16 pelacur Vietnam ditahan
Polis menggempur sebuah unit banglo di Taman Yari, Jalan Klang Lama di sini yang dijadikan pusat hiburan dan pelacuran selain menahan 16 pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam.

34 pelacur ditahan di sekitar Petaling Jaya
Seramai 34 wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks ditahan pihak berkuasa dalam serbuan Op Noda di Petaling Jaya malam tadi.