LUMUT: Tujuh warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas pertuduhan memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah.
Seorang lelaki dan seorang wanita mengaku bersalah manakala lima lelaki minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret A Hafiizh Abu Bakar.
Dua yang mengaku bersalah iaitu Guo Fei, 48, didenda RM5,000 manakala Dai Bao Xi, 50-an, didenda RM4,000.
Mereka membayar denda itu.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dua unit berbeza di sebuah apartment di sini pada 25 Julai lepas mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dihukum mengikut Seksyen 6(3) yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, serta enam sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Rishan Kumar dan Pegawai Pendakwa Inspektor Nurjihan Jaya manakala kesemua warga asing diwakili peguam Muhammad Syafiq Salleh.
Terdahulu, Muhammad Syafiq memohon mahkamah menangguhkan hukuman sebatan ke atas Guo Fei atas alasan ini adalah kesalahan pertama anak guamnya itu yang hanya melibatkan kesalahan imigresen.
Mahkamah membenarkan permohonan itu dan mengarahkan tertuduh memfailkan notis rayuan.
Muhammad Syafiq turut menetapkan 1 Sept ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dalam kes membabitkan Li Tao, 23, Lin Zhi Chuang, 27, Guo Feng Jie, 29, Zhang Zheng Long, 29, dan Chen Yuan Zhou, 28, yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022

Tujuh warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas pertuduhan memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah. - Foto BERNAMA

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.

Penuntut universiti warga China didakwa culik remaja perempuan 15 tahun
Seorang penuntut universiti warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menculik seorang remaja perempuan, bulan lepas.

Tiga warga China seluk saku di KLIA dihukum penjara
Tiga lelaki warga China dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencuri dengan cara menyeluk saku di KLIA.

Kes culik ahli perniagaan: Polis jumpa semula RM7.2 juta wang tebusan
Polis berjaya menemukan semula RM7.2 juta daripada kira-kira RM20 juta wang tebusan yang dibayar keluarga seorang ahli perniagaan yang diculik dalam kejadian pada 13 Okt lepas.

Polis buru suspek utama kes culik warga China
Polis sedang memburu suspek utama disyaki terbabit dalam kes culik lelaki warga China berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Mex pada 18 Oktober lalu.

Malaysia gunakan strategi menyeluruh untuk lonjakkan ketibaan pelancong China
Warga China mudah untuk menyesuaikan diri dan merasa seperti di tempat mereka sendiri semasa lawatan mereka.

Hotel bertanggungjawab atas kematian warga China di kolam renang - Mahkamah Rayuan
Ibu bapa mangsa telah mengemukakan saman terhadap hotel berkenaan dengan menuntut ganti rugi atas kematian anak mereka.

2 warga China didenda RM50,000 guna alat komunikasi tidak diperakui
Dua lelaki warga China masing-masing didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui SKMM.

Sindiket judi jana pendapatan RM3 juta sebulan didalangi warga China tumpas
14 lelaki dan seorang wanita ditahan dalam serbuan itu, dengan sembilan daripada lelaki berkenaan adalah rakyat China, termasuk ketua sindiket.

Dua remaja antara tiga direman subahat kes culik kanak-kanak
Dua remaja lelaki antara tiga ditahan semalam, dipercayai bersubahat menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di bandar raya ini pada 12 Dis lepas.