KUALA TERENGGANU: Seorang duda dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Rabu atas pertuduhan membakar rumah dan kereta milik ahli keluarganya.
Hukuman itu diputuskan Hakim Nooriah Osman selepas Md sofian Md Noor, 37, mengaku bersalah atas dua pertuduhan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa telah melakukan khianat menggunakan api dengan niat menyebabkan kebinasaan terhadap rumah milik ibunya yang berusia 61 tahun.
Kesalahan itu dilakukan pada 26 November lalu di Kampung Syukur, Dungun jam 3.45 petang.
Selain itu tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan khianat menggunakan api dengan niat untuk menyebabkan kerosakan kereta milik ibu saudaranya pada jam 4.20 petang di tempat dan tarikh yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 kanun yang sama.
Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan satu tahun penjara bagi pertuduhan kedua. Bagaimanapun mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap iaitu 26 November lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail.
Nur Fazlizai Ali
Wed Dec 07 2022

Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan satu tahun penjara bagi pertuduhan kedua, namun hukuman berjalan serentak. - Gambar/ Astro AWANI

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Ugut ibu guna pisau, duda dipenjara 24 bulan
Seorang duda dipenjara 24 bulan selepas mengaku bersalah mengugut ibu kandung sendiri dengan pisau untuk mendapatkan wang pada September tahun lalu.

Duda dipenjara tiga tahun samun wanita warga emas di dobi layan diri
"Cuba bayangkan kalau mangsa itu adalah ibu kamu sendiri yang direntap." - Hakim

Duda kena penjara 5 tahun bakar rumah ibu, kereta ibu saudara
Seorang duda dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Rabu atas pertuduhan membakar rumah dan kereta milik ahli keluarganya.