GERIK: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Gerik pada Selasa atas tuduhan mencederakan anak kandungnya yang berusia 12 tahun di Kampung Perah, minggu lalu.
Tertuduh, Mohamad Zairi Mohamad Nawi, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Savinder Singh.
Mengikut pertuduhan, duda anak dua itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap anak kandungnya yang berusia 12 tahun di sebuah rumah di Jalan Pasir Buaya, Kampung Perah, Gerik pada pukul 5 petang, 29 Oktober 2023.
Pertuduhan terhadap lelaki terbabit dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.
Bagi Seksyen 323, tertuduh boleh dipenjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan manakala bagi Seksyen 326A, dia boleh dikenakan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 323.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Atiyah Shafiee manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Murni Che Mood.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan hukuman diputuskan pada pada 27 November depan sementara menunggu laporan perubatan mangsa.
Pada Isnin, lelaki tersebut turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah parang panjang berhulu plastik berwarna merah.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan yang dilakukan di tepi jalan Kampung Perah, Gerik pada pukul 3.45 petang, 30 Oktober 2023.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditangkap berikutan laporan polis dibuat ahli keluarga berhubung tindakan suspek memukul anak lelakinya hingga menyebabkan kecederaan.
Kejadian berlaku selepas suspek yang datang ke rumah iparnya, menumbuk dan menendang anaknya beberapa kali selain bertindak agresif dengan melibas parang yang ada di tangan hingga hampir terkena mangsa.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Nov 07 2023

Mohamad Zairi Mohamad Nawi, 37, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Savinder Singh. - Gambar/ Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.

Bapa tidak mengaku bersalah rogol anak kandung
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan merogol anak kandungnya pada November tahun lalu.

Niat pukul supaya lumpuh, bapa tak sengaja sebabkan kematian anak
Seorang bapa di Semarang, Indonesia berhadapan hukuman penjara selepas tidak sedar anak yang dipukul telah meninggal dunia.

Polis tahan lelaki tumbuk isteri, anak selepas dirakam bawa balik teman wanita
Seorang isteri cedera ditumbuk suaminya selepas cuba merakam perbuatan lelaki itu membawa masuk wanita lain ke dalam bilik tidur mereka di sebuah rumah di Taman Desa Pauh, Pauh, di Arau.

Duda mengaku bersalah pukul anak 12 tahun
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Gerik pada Selasa atas tuduhan mencederakan anak kandungnya yang berusia 12 tahun di Kampung Perah, minggu lalu.

Bapa tumbuk, tendang, libas dengan parang anak sambut hari lahir ke-12
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang dipercayai memukul anak kandungnya yang berusia 12 tahun di Kampung Perah, di sini, petang semalam.

Belasah isteri, anak kerana tidak dibelikan rokok, penganggur dipenjara 9 tahun
Penganggur dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana bersalah pukul isteri dan anak.

Lelaki ditahan bantu siasatan dera isteri dan sembilan anak
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dera membabitkan isteri dan sembilan anaknya dalam kejadian di daerah Timur Laut, di sini, baru-baru ini.

Ibu, teman lelaki didakwa pukul anak hingga cedera
Seorang wanita dan teman lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas pertuduhan memukul anak kandung wanita itu yang berusia empat tahun hingga cedera, Mac lepas.

Pukul anak kerana makanan dibekalkan untuk jamuan tidak dijamah
Suspek yang berusia 47 tahun dipercayai marah apabila mengetahui makanan tersebut tidak disentuh murid dan guru.