Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan agar keluar daripada mentaliti pembangkang dan menyesuaikan diri dengan status terkini selaku kerajaan Persekutuan.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, pengalaman sebagai pembangkang wajar dijadikan panduan untuk memahami aspirasi rakyat kini.
Katanya, pimpinan PH hari ini sepatutnya belajar dan mahu memahami penting dengan prinsip bersedia menerima kedudukan semasa, faham dan hormat persekitaran politik yang kini bukan lagi pembangkang.
"Umum maklum hampir 80 peratus pemimpin PH baharu dalam kepimpinan di peringkat Persekutuan. Mentaliti dulu pembangkang perlu disesuaikan dengan kedudukan hari ini sebagai kepimpinan Persekutuan.
"Mereka perlu melihat kepada pengalaman lepas dan memahami aspirasi rakyat kini dan juga belajar serta mahu memahami pentingnya prinsip bersedia menerima kedudukan semasa, faham dan hormat persekitaran politik yang kini bukan pembangkang," katanya kepada Sinar Harian.
Selain itu, Sivamurugan turut menambah, barisan pemimpin kerajaan hari ini seharusnya menerapkan pendekatan merakyatkan kepimpinan sebagai teras kepimpinan.
Hal ini kerana katanya, setiap langkah dan dasar serta ungkapan dan pandangan diperhati dan diteliti.
"Pemimpin juga wajar beristiqamah dan bermusyawarah serta berbincang untuk menyerap kepentingan sistem penyampaian mereka.
"Bukan itu sahaja, pegawai berwibawa juga perlu untuk menasihati dan menerangkan risiko dan maklum balas yang akan diterima daripada umum," ujarnya.
Beliau turut mengingatkan supaya pemimpin-pemimpin kerajaan ini bersedia untuk mengakui kesilapan dan tidak gelojoh dalam membuat keputusan.
"Bahkan dalam mendokong aspirasi PH, sentiasa bersedia ditegur dan bertindak sebagai satu pasukan PH.
"Disekolahkan bertujuan memahami 'mindset', keperluan dan kemahuan umum untuk membina keyakinan dan kepercayaan, juga membuat keputusan popular dan tidak popular tetapi tidak jejaskan legitimasi politik dan moral serta kekalkan integriti politik," tambahnya.
Pada Sabtu, wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin berkata, pemimpin PH yang memegang jawatan perlu ‘disekolahkan’ sebelum rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan sekarang.
Beliau yakin menteri akan mendapat kebaikan jika ‘disekolahkan’ bagi mengubah acuan minda mereka daripada pembangkang kepada kerajaan.
Sinar Harian
Mon Oct 22 2018

Sivamurugan mengingatkan pemimpin-pemimpin kerajaan supaya bersedia untuk mengakui kesilapan dan tidak gelojoh dalam membuat keputusan. - Gambar fail

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu kenamaan lain serta perbicaraan kes-kes rasuah berprofil tinggi bukanlah sebab untuk rakyat bergembira.

Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik.

Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional.

Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.
![[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman [KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524481292_logoPPBM.jpg)
[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman
Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.

Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir
Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.

Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin menyeru ahli-ahli Bersatu agar bertenang dan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan untuk menangani situasi politik semasa.

Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau melanggar prinsip dan janji yang dibuat terhadap Anwar.

Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO
A Kadir percaya kedua-dua pemimpin yang dianggap sebagai Melayu moderat itu, mampu membawa kembali UMNO kepada prinsip kesederhanaannya

Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri
Video intim Sandakan yang tular baru-baru ini seolah-olah mempunyai kehidupan tersendiri dalam arena politik negara.